Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Petronas nafi berbincang untuk jual aset kepada Rusia
Diterbitkan:  May 25, 2016 11:16 AM
Dikemaskini: 3:19 AM

Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menafikan firma itu sedang berundingan dengan syarikat dalam industri yang sama dari Rusia, Zarubezhneft untuk menjual aset-asetnya.

Dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini, syarikat itu berkata, “Petronas merujuk kepada beberapa laporan media baru-baru ini yang berpunca dari Rusia mengenai rundingan penjualan 'aset-aset' dan 'kepentingan' tertentunya.

“Kami ingin menjelaskan bahawa Petronas tidak pernah, dan pada masa ini tidak, berbincang dengan mana-mana pihak di Rusia untuk tujuan seperti yang disebut di atas.”

Firma itu memberi maklum balas berkenaan laporan oleh agensi berita Rusia, Tass, pada Jumaat lalu, yang memetik Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak yang mengatakan Zarubezhneft berminat dengan aset-aset Petronas.

“Zarubezhneft menunjukkan minat dalam mengkaji aset-aset Petronas. Pihak-pihak sedang mengadakan perundingan mengenainya," Novak dilaporkan berkata.

“Bagi Zarubezhneft, ia sedang meninjau peluang untuk menjalankan projek-projek Malaysia.

“Zarubezhneft mempunyai banyak pengalaman untuk meningkatkan keberkesanan dalam lapangan semasa dan menawarkan perkhidmatan serta penyertaannya,” tambah Novak.

Menurut beliau, Russia turut meninjau peluang untuk meningkatkan bekalan minyak dan produk-produk minyaknya dalam rantau Asia Pasifik.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS