Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib gagal tangguh pembelaan kes saman oleh Mahathir
Diterbitkan:  May 26, 2016 12:18 PM
Dikemaskini: 4:30 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini gagal mendapatkan penangguhan bagi menfailkan pembelaan ke atas saman bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah laku tort misfeasance dalam jawatan awam oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Abu Bakar Jais menolak permohonan Najib untuk penangguhan.

Oleh itu, beliau mengarahkan Najib menfailkan pembelaan saman itu pada 9 Jun ini.

Ia adalah lanjutan seminggu oleh mahkamah hari ini berbanding ketetapan awal pada 2 Jun untuk Najib berbuat demikian.

Hakim Abu Bakar adalah hakim baru yang dilantik untuk mendengar kes itu selepas Hakim Datuk Rosnaini Saub dipindahkan ke Shah Alam.

Terdahulu, beliau mendengar penghujahan oleh kedua-dua pihak dengan Najib diwakili barisan peguam diketuai oleh Tan Sri Cecil Abraham, bersama-sama Rishwant Singh dan Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Mohd Haniff Khatri Abdulla pula mengepalai pasukan untuk Mahathir.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS