Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Slaid 'penganut Hindu kotor' UTM, siasatan dalaman bermula
Diterbitkan:  Jun 16, 2016 5:12 PM
Dikemaskini: 9:31 AM

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Datuk Wahid Omar menjanjikan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan kesilapan mengenai agama Hindu dan Sikh yang diajarkan kepada pelajar universiti itu.

Janji itu dibuat selepas mesyuarat antara delegasi Gerakan Kebangsaan Sikh Malaysia (Geraksikh) dan Wahid di pejabatnya di kampus UTM Kuala Lumpur hari ini.

"Kami mengadakan perbincangan yang sangat berterus terang dan terbuka dengan Wahid selama kira-kira 40 minit, dan membincangkan pelbagai isu termasuk membawa beberapa cadangan.

"Wahid memberi kita jaminan bahawa siasatan dalaman telah bermula dengan penubuhan sebuah pasukan petugas khas yang beliau secara peribadi menyelia dan juga tiada perkara yang akan akan disembunyikan," kata Setiausaha Agung Geraksikh Datuk Amarjit Singh Gill dalam satu kenyataan hari ini.

Amarjit juga menyampaikan memorandum kepada Wahid menggesa universiti berkenaan memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung, Pertubuhan Gabungan Sikh Malaysia, Autar Singh, yang mewakili lapan pertubuhan Sikh di seluruh negara.

UTM terlibat dalam kontroversi selepas slaid modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas) universiti itu menyatakan bahawa Islam mengajar masyarakat Hindu tentang pentingnya kebersihan tubuh badan dan penjagaan kesihatan.

Ia menyatakan sebahagian penganut Hindu menganggap kekotoran yang ada pada tubuh badan sebagai sebahagian daripada amalan yang boleh menyampaikan seseorang hamba ke alam Nirvana.

Satu lagi slaid Titas UTM yang diedarkan di media sosial berkata agama Sikh adalah gabungan unsur-unsur keagamaan Hindu dan Islam, tetapi pengasasnya tidak memahami Islam secara mendalam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS