Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Selagi tak perangi pemerintah bukan kafir harbi’
Diterbitkan:  Jun 29, 2016 5:55 PM
Dikemaskini: 10:04 AM

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata jemaah menteri hari ini memutuskan bahawa rakyat bukan Islam negara ini tidak boleh dikategorikan sebagai kafir harbi selagi mereka mempunyai kerakyatan yang sah dan dilindungi oleh undang-undang negara serta tidak memerangi pemerintah.

Katanya, kenyataan oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman itu menimbulkan kontroversi kerana ia telah diselewengkan.

“Kenyataan sebenar Mufti Pahang bermaksud golongan kafir harbi wajib ditentang dan bukannya diperangi.

“Kenyataan ini juga bukan merupakan satu fatwa. Ini ialah kerana sesuatu fatwa rasmi mestilah melalui jawatan kuasa fatwa yang telah ditentukan.

“Isu ini telah menimbulkan kontroversi kerana ada pihak yang cuba menyeleweng kenyataan tersebut dengan menggunakan istilah diperangi,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata jemaah menteri hari ini memutuskan bahawa rakyat bukan Islam negara ini tidak boleh dikategorikan sebagai kafir harbi selagi mereka mempunyai kerakyatan yang sah dan dilindungi oleh undang-undang negara serta tidak memerangi pemerintah.

Menurutnya, dalam konteks agama Islam, kafir harbi adalah merujuk kepada golongan bukan Islam berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Islam dan kesediaan memerangi pihak yang memerintah

Namun, kenyataan oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman itu menimbulkan kontroversi apabila ia diselewengkan.

“Kenyataan sebenar Mufti Pahang bermaksud golongan kafir harbi wajib ditentang dan bukannya diperangi.

“Kenyataan ini juga bukan merupakan satu fatwa. Ini ialah kerana sesuatu fatwa rasmi mestilah melalui jawatan kuasa fatwa yang telah ditentukan.

“Isu ini telah menimbulkan kontroversi kerana ada pihak yang cuba menyeleweng kenyataan tersebut dengan menggunakan istilah diperangi,” katanya.

Akhbar Utusan Malaysia sebelum ini memetik Abdul Rahman sebagai berkata, DAP yang menentang hukum Islam dan mahu menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi dan wajib ditentang umat Islam.

Mengikut tafsiran, kafir harbi merujuk kepada kumpulan bukan Islam yang memerangi Islam dan adalah halal untuk menumpahkan darah mereka.

Abdul Rahman dipetik sebagai berkata, haram dan berdosa besar bagi umat Islam bersekongkol dengan DAP.

Namun, Abdul Rahman kemudiannya menjelaskan beliau tidak merujuk istilah kafir harbi kepada DAP semata-mata, tetapi semua pihak yang menentang Islam.

Mengulas lanjut, kenyataan Pejabat Perdana Menteri berkata pandangan mengenai istilah kafir harbi oleh mana-mana pihak perlu diteliti dengan sewajarnya agar tidak menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat, terutamanya kepada masyarakat bukan Islam.

“Sejak merdeka, masyarakat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan fahaman politik telah dapat hidup dalam keadaan aman dan damai berdasarkan lunas-lunas demokrasi dan hak sebagai rakyat Malaysia yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Dari segi sejarah, masyarakat bukan Islam juga dapat hidup dengan harmoni di zaman pemerintahan Rasulullah SAW.

“Kerajaan berharap agar kenyataan ini akan dapat menyelesaikan kegelisahan di kalangan masyarakat terutama golongan bukan Islam lebih-lebih lagi dalam menjaga keharmonian dan keselamatan Negara bertepatan dengan prinsip-prinsip dalam maqasid syariah,” katanya.

 

Lihat Komen
ADS