Paling Popular
Terkini

ULASAN l Hari ini adalah ulang tahun ke-90 ibu saya. Adalah menakjubkan bahawa, kecuali penglihatannya, beliau masih bertenaga dan cukup sihat dan seperti lazimnya dapat berinteraksi dengan semua orang.

Saya amat bersyukur kepada Allah swt kerana itu, dan juga untuk bapa saya. Kami benar-benar bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang masih bertenaga, bebas dan aktif.

Buku ibu saya yang akan diterbitkan pada 20 Julai ini yang berjudul 'nama saya Hasmah’ dan ia penuh dengan anekdot indah tentang kehidupannya dari zaman kanak-kanak hingga hari ini. Jadi saya tidak akan mengulangi apa-apa dari buku itu. Sebaliknya saya mahu bercakap mengenai apa yang telah saya pelajari daripada ibu sepanjang hidup ini dalam susunan rawak.

1. Ibu mengajar saya, dengan mengambil contoh dirinya sendiri, yang kita perlu berdedikasi dan bekerja keras untuk mendapatkan apa yang kita inginkan dalam hidup ini. Beliau bersusah-payah dalam bidang perubatan sehingga akhirnya lulus dan menjadi doktor. Dalam tahun 70-an, beliau mempelajari bahasa Perancis dan berkat dedikasinya, beliau lulus peperiksaan dan untuk seketika, kami menggunakan SMS dalam bahasa Perancis kepada satu sama lain sebagai latihan.

Malangnya tanpa peluang meluas untuk bertutur, ibu tidak begitu fasih. Namun keazamannya untuk belajar adalah hebat.

Baru-baru ini ibu memutuskan untuk mempelajari menggesek biola selagi lagi, selepas kira-kira enam dekad tidak menyentuhnya (beliau bermain semasa tahun-tahun perang). Bukan sahaja beliau terpaksa belajar bagaimana untuk memegang biola dan tunduk sekali lagi tetapi kerana penglihatan yang kabur, ibu perlu menghafal setiap lagu.

Dan beliau mempelajarinya dengan tekun sehingga cukup baik untuk bermain di Dewan Filharmonik Petronas.

Disember lalu, beliau mempelajari bermain instrumen baru, er-hu walaupun lagunya yang terhad kepada 'Twinkle Twinkle Little Star'. Ini di sebalik kebolehannya bermain piano dan gamelan.

Saya tidak boleh berkata saya begitu gigih untuk mempelajari sesuatu seperti ibu. Setiap kali saya rasa saya tidak mampu melakukan sesuatu, saya memikirkan tentang ibu dan apa yang telah dicapainya.

2. Ibu mengajar saya bagaimana untuk menyusun. Ketika saya belajar jauh dari rumah, ibu lazimnya akan mengemas dan menyusunkan beg saya. Beliau benar-benar boleh memuatkan segala-galanya dalam sebuah beg. Susunannya begitu kemas dan teratur sehingga pernah seorang anggota kastam di Heathrow apabila memeriksa beg saya mengulas betapa indah segala-galanya tersusun rapi. Saya pasti dia melihat banyak jenis susunan lain juga.

Jadi saya membesar dengan melihat penyusunan yang rapi. Tetapi saya sentiasa mencari cara yang lebih baik melakukannya. Satu hari saya terjumpa cara penyusunan modular, seni penyusunan dalam kiub jaringan supaya bukan sahaja semua barangan saya muat dalam beg pakaian tetapi diatur dengan teliti. Saya mengajar suami dan anak-anak saya untuk menyusun cara ini dan satu hari ibu melihat cara saya dan terus mengikutnya. Hari ini tiada seorang pun daripada kami tahu cara lain untuk menyusun dan saya tetap berbangga kerana mampu mengajar ibu sesuatu.

3. Ibu sentiasa menekan kepentingan budi bahasa. Ini termasuk bukan sahaja adab tetapi juga pertimbangan terhadap orang lain. Beliau tidak dapat menerima ataupun bersabar dengan kanak-kanak yang tidak berkelakuan sopan dengan orang dewasa; mereka sepatutnya menghormati semua orang dewasa dan tidak mengganggu apabila mereka berbual. Ia kedengaran aneh dan kolot hari ini tetapi saya mengajar anak-anak bahawa mereka mesti sentiasa menegur dan menyapa rakan ibu bapa terlebih dahulu apabila mereka melawat dan bahawa walaupun pendapat mereka dialu-alukan, mereka terpaksa menunggu giliran mereka untuk meluahkannya. Saya fikir bahawa pelajaran ini melangkaui generasi.

Penekanan ibu terhadap budi bahasa juga kedudukan seseorang dalam masyarakat adalah tidak penting apabila ia berhubung cara kita bertindak. Oleh itu, kita sama sekali harus menjadi kurang ajar kepada sesiapa. Sebarang laporan mengenai tingkah laku biadap akan mengundang hukuman, justeru kami mempelajari ini dengan baik. Kami melayan semua orang, sama ada mereka adalah jurujual, Tan Sri, tukang kebun, masyarakat tempatan mahupun warga asing dengan pertimbangan sama.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS