Malaysiakini
BERITA

Dulu Dr M 'kerjakan' saya, kini mahu Najib - Pairin

Diterbitkan
Dikemaskini 16 Jul 2016, 7:16 pagi

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan berkata, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berhenti dari berusaha untuk 'mengerjakan' musuh-musuhnya.

Menurut laporan New Straits Times hari ini, Pairin berkata, langkah Mahathir menubuhkan parti baru adalah tidak mengejutkan kerana beliau ternyata tidak menyukai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Akhbar harian berbahasa Inggeris itu melaporkan Pairin menggelarkan Mahathir sebagai 'haiwan politik' yang tidak akan berhenti untuk mengusir sesiapa sahaja yang beliau tidak gemar.

"Sebaik sahaja Mahathir memutuskan tidak menyukai seseorang, sama seperti beliau tidak suka saya, dia akan usir orang itu menggunakan semua kekuatan yang ada.

"Beiau cuba berbuat demikian kepada saya," kata Pairin, menurut laporan berkenaan, selepas menerima kunjungan hormat daripada Majlis Belia Persatuan Kebudayaan Kadazandusun, semalam.

Selaku Presiden Parti Bersatu Sabah, Pairin mempunyai hubungan yang panjang dan tidak harmoni dengan Mahathir setelah beberapa kali membawa partinya masuk dan keluar BN.

Mengulas mengenai parti baru Mahathir, Pairin berkata, keputusan itu 'masih belum menampakkan kesan' tetapi ia adalah hak Mahathir, memetik laporan tersebut.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.