Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saya tak pernah sebut sultan, kata pemimpin PKR
Diterbitkan:  Jul 17, 2016 8:44 PM
Dikemaskini: Jul 18, 2016 3:26 AM

Naib Presiden PKR, Darell Leiking berkata kenyataannya mengenai khutbah Hari Raya Aidilfitri oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak ada langsung sebarang rujukan terhadap sultan Selangor.

Ini selepas pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar menuduh beliau menghina sultan dengan membangkitkan isu khutbah yang memuji rang undang-undang ahli persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang boleh membuka jalan kepada pelaksanaan hudud.

Leiking berkata tidak ada langsung sebarang rujukan terhadap sultan Selangor kerana semua tahu bahawa sultan adalah lebih tinggi mengatasi politik.

"Noh dan semua mereka yang memutarbelit dan memainkan isu posting saya sepatutnya meminta maaf kepada sultan Selangor kerana mengheret sultan ke dalam agenda politik mereka dan menyalahgunakan nama sultan dalam mewajarkan serangan mereka terhadap posting saya.

"Ia sama sekali tidak wajar bagi seorang menteri dan seorang pemimpin politik untuk meletakkan kata-kata yang saya tidak pernah perkatakan dan untuk terus berbohong mengenainya," katanya dalam satu kenyataan.

Jumaat lalu, JAIS membuat laporan terhadap Leiking kerana didakwa sengaja menghina sultan atas sifat baginda sebagai ketua agama Islam dan pihak berkuasa Islam di negeri itu.

Leiking berkata kenyataan beliau adalah untuk bertanya kepada Menteri Besar Selangor yang juga timbalan bresiden PKR Datuk Seri Azmin Ali sama ada beliau menyokong khutbah itu.

Ahli Parlimen Penampang itu berkata perlembagaan PKR menjadikannya satu kewajipan untuk ahli-ahli parti untuk menegakkan Perjanjian Malaysia.

Oleh itu, katanya, gesaan Noh supaya PKR mengambil tindakan terhadapnya adalah tidak kena pada tempatnya.

Leiking berkata, pelaksanaan hudud mengubah sifat persekutuan daripada menjadi sekular, seperti yang dipersetujui oleh Sabah, Sarawak dan Melayu apabila tiga negara menyertai membentuk Malaysia pada tahun 1963.

"Oleh itu perenggan akhir posting saya 'ia mula kelihatan seperti pelampau mentadbir negeri' adalah dalam hubungkait kepada perubahan persekutuan oleh pengenalan pindaan dan begitu banyak akta dan perkara yang berlaku pada hari ini, dan sebagai ahli Parlimen kita semua mesti menangani," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS