mk-logo
Berita
Pua soal MIA, apa jadi aduan ke atas juruaudit 1MDB?
Diterbitkan:  Jul 18, 2016 5:35 AM
Dikemaskini: Jul 19, 2016 4:37 AM

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mahu Presiden Institut Akauntan Malaysia (MIA) Datuk ' Mohammad Faiz Azmi menerangkan tindakan "lembab" dalam menangani aduannya ke atas juruaudit 1MDB - KPMG dan Deloitte Malaysia.

Malaysiakini sedang menghubungi MIA untuk mendapatkan ulasannya berhubung perkara berkenaan.

Dalam satu kenyataan media, Pua berkata beliau mendakwa bahawa kedua-dua firma berkenaan secara sengaja dan / atau cuai gagal menjalankan tindakan sewajarnya terhadap audit 1MDB sehingga menyebabkan pemfailan penyata kewangan tahunan 1MDB yang mempunyai unsur penipuan.

"Aduan saya terhadap KPMG adalah kerana tidak mengambil kira pendedahan ketara dalam urus niaga 1MDB ketika itu dalam pelaburan AS$1 bilion untuk membentuk usaha sama dengan Petrosaudi International Limited pada tahun 2009-2010 itu yang kemudiannya dibatalkan.

"Daripada jumlah di atas, Bank Negara mengesahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa AS$700 juta disalurkan kepada sebuah syarikat tidak berkaitan, Good Star Limited yang benefisiari utamanya adalah Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

"Malah, KPMG memecah rekod kerana menandatangani audit kewangan Mac 2010 dalam tempoh tiga minggu selepas dilantik pada September 2010 - selepas juruaudit asal Ernst & Young (EY) dipecat.

“EY enggan menandatangani penyata kewangan 1MDB kerana ada perkara yang tidak kena dalam urusniaga dengan PetroSaudi," katanya.

Paling penting, dakwa Pua, KPMG juga secara sengaja dan / atau cuai kerana gagal melaporkan bahawa hakikatnya, 1MDB menjual saham dalam usaha sama dengan PetroSaudi dan pengubahan kepada pinjaman selepas tahun kewangan Mac 2010.

Hasilnya, beliau berkata, 1MDB boleh melaporkan keuntungan rekaan yang melambung dan gagal mendedahkan transaksi utama yang sangat mencurigakan dalam 1MDB PetroSaudi Limited.

Pua berkata Deloitte Malaysia mengambil alih dari KPMG selepas firma itu dipecat oleh 1MDB pada Disember 2013.

Beliau berkata KPMG enggan menandatangani akaun Mac 2013 kerana firma itu tidak dapat mengesahkan kesahihan pelaburan AS$ 2.318 bilion 1MDB dalam dana pelaburan yang tidak boleh dipercayai di Kepulauan Cayman.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
Paling Popular
Terkini