Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Apa salahnya beri mandat kepada rakyat, kata Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menjelaskan rasional di sebalik keputusan DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri berkenaan meskipun berdepan dua pertuduhan rasuah.

Lim berkata, sejak penangkapan dan penahanan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk sabitan liwat, berlaku penyalahgunaan kuasa yang menjejaskan pembangunan dan ekonomi negara.

Penyalahgunaan kuasa sedemikian turut melanggar hak-hak demokratik rakyat Malaysia, jawab beliau bagi menjawab soalan mengenai objektif mengadakan pilihan raya mengejut tersebut.

"Kami berpendapat dengan pengalahgunaan kuasa ini, adalah tindakan yang betul untuk meminta rakyat untuk menentukan, bagaimana mereka tentukan, itulah yang kami sedang bincangkan," ujar Lim pada sidang media di Komtar, hari ini.

"Kita tidak boleh terus seperti ini, ekonomi rosak kerana skandal rasuah, penyalahgunaan kuasa telah melucutkan hak-hak rakyat dan pada masa yang sama, rakyat merasa tidak ada harapan untuk Malaysia.

"Dalam usaha memulih dan mengembalikan harapan itu, adalah perlu untuk memulihkan proses demokrasi dengan rakyat adalah tuan, mereka berhak untuk membuat keputusan dan saya fikir, tidak yang salah dalam mengembalikan mandat kepada rakyat," tegas setiausaha agung DAP itu.

Lim berkata, 'kembalikan mandat kepada rakyat' sentiasa menjadi prinsip Pakatan Harapan dan gabungan itu akan terus berbincang mengenai perkara itu.

Beliau menambah bahawa dalam mana-mana pakatan, walaupun mempunyai pandangan berbeza, parti komponennya mesti dibenarkan untuk berfungsi dengan membenarkan perbincangan untuk terus diadakan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS