Kes denggi di Pulau Pinang menurun
Bagi negeri Pulau Pinang, pada minggu ke 30 tahun 2016 ( 24 Julai hingga 30 Julai 2016) sebanyak 17 kes denggi telah dilaporkan, berbanding 19 kes pada minggu ke 29 tahun 2016 ( 17 Julai hingga 23 Julai 2016) iaitu penurunan sebanyak dua kes atau 10.5%.
Secara kumulatif sehingga 30 Julai 2016 sebanyak 1,964 kes denggi dilaporkan berbanding 3,212 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2015, penurunan sebanyak 1,248 kes (38.85%). Manakala 11 kematian akibat demam denggi dilaporkan bagi tahun 2016 berbanding tujuh kematian demam denggi bagi tempoh yang sama pada tahun 2015. Peningkatan sebanyak empat kes (57.1%) kematian.


Pada ketika ini tiada wabak denggi dilaporkan di Pulau Pinang. Walaupun pelaporan kes denggi masih lagi menunjukkan tren penurunan, saya ingin mengingatkan masyarakat untuk terus mengambil langkah-langkah seperti berikut bagi menghentikan penularan penyakit denggi:-
i) Melakukan pemeriksaan dalam rumah dan kawasan sekitar masing-masing bagi mengenalpasti dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes setiap minggu. Ubat pembunuh jentik-jentik nyamuk boleh diperolehi daripada klinik-klinik kesihatan kerajaan.
ii) Menjalankan gotong-royong di kawasan perumahan bagi menghapuskan tempat-tempat berpotensi pembiakan Aedes.
iii) Memberikan kerjasama dengan membenarkan anggota kesihatan menjalankan semburan kabus di dalam rumah.
iv) Mengurangkan risiko gigitan nyamuk dengan menggunakan repellant atau baju/seluar panjang semasa menjalankan aktiviti luar, melakukan semburan aerosol di dalam rumah atau memasang skrin pada tingkap.
v) Mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital apabila mengalami demam dan tanda-tanda penyakit denggi seperti sakit badan/sendi, muntah, ruam dan kurang selera makan.
Dr Afif Bahardin merupakan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri Pulau Pinang.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.