Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
K'jaan, MAS kena serah maklumat umum pada waris MH370

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan kerajaan dan Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) menyediakan dokumen penemuan umum kepada 76 waris 32 penumpang pesawat udara MH370 yang hilang pada Mac 2014.

Keputusan itu dibuat berdasarkan plaintif berhak mendapatkan maklumat itu kerana mereka sudah menyaman kerajaan dan syarikat penerbangan berkenaan.

Keputusan itu dibuat hakim Azizul Azmi Adnan dalam kamarnya hari ini.

"Keputusan mengenai penemuan umum sudah diberikan dan ada tempoh masa untuk kerajaan mematuhinya (dan memberi) semua dokumen yang berkaitan dengan saman.

"Hakim juga menetapkan 20 Oktober ini untuk mengemas kini (status) kepatuhan itu," kata peguam Michael Yap yang bertindak bagi pihak 76 ahli keluarga penumpang pesawat berkenaan ketika ditemui di luar mahkamah.

Peguam mewakili MAS Saranjit Singh pula berkata disebabkan plaintif menyaman kerajaan mereka berhak mendapatkan penemuan umum ke atas syarikat penerbangan berkenaan bagi membantu kes mereka.

Bagaimanapun kata Saranjit anak guamnya perlu membaca dan memahami asas pengkahiman itu dan memutuskan sama ada akan mengemukakan rayuan.

"Penemuan umum bermakna anda perlu mendedahkan apa saja (maklumat) yang relevan kepada plaintif," katanya.

Peguam persekutuan Saiful Nizam Shahrin turut hadir di mahkamah.

Semua 76 plaintif memfailkan saman berkenaan pada 7 Mac lalu ekoran kehilangan ahli keluarga mereka yang menaiki pesawat udara MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Kapal terbang itu kemudian ghaib tanpa sebarang kesan sehingga kini.

Plaintif terdiri daripada 66 warganegara China, lapan India dan dua AS.

Mereka menamakan MAS, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Tentera Udara Diraja Malaysia dan kerajaan sebagai defendan.

Mahkamah juga menetapkan 3 November ini sebagai tarikh pengurusan kes bagi semua 28 saman dikemukakan penumpang dalam penerbangan berkenaan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS