Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images

Peguam dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley percaya terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun tidak melakukan liwat.

"Baik, maksud saya Anwar tidak melakukannya," kata peguam itu apabila ditanya rancangannya untuk mencabar sabitan itu.

Sebagai contoh, Motley menegaskan bahawa penuduh Mohd Saiful Bukhari Azlan bertemu pegawai kerajaan dua hari sebelum kejadian yang dikatakan itu.

"Terdapat keterangan kononnya DNA ditemui pada pakaian mangsa yang dikatakan itu yang berbeza daripada pakaian yang dipakainya semasa dia kata dia diliwat.

"Kenyataan mangsa dikatakan menjadi sangat tidak konsisten dari awal hingga akhir, DNA tidak konsisten dari awal hingga akhir, DNA diganggu oleh pegawai polis dalam kerajaan ... Itu adalah keterangan di mahkamah dan kami gembira untuk berkongsi semua dokumentasi dengan anda ...

"Satu perkara bahawa kenyataan Anwar, versi beliau mengenai apa yang telah berlaku, perkara yang benar dari Anwar sentiasa konsisten. Dan itu adalah perkara tentang kebenaran bukan? Yang benar tetap sama dan penipuan berubah-ubah," katanya kepada pemberita di Putrajaya petang ini.

Anwar melantik peguam hak asasi manusia yang terkenal itu untuk membantunya dalam beberapa kes termasuk kajian beliau daripada Februari 2015 mengenai sabitan liwat.

Bekas pemimpin pembangkang itu sentiasa mengekalkan bahawa pertuduhan liwat itu, sama dengan yang pertama dihadapinya pada tahun 1999 dan telah direka oleh pesaing politiknya.

Bagaimanapun, kerajaan menafikan perkara ini.

Isu politik lebih dari undang-undang

Sementara itu, Motley menggambarkan sabitan Anwar sebagai "salah satu keputusan keadilan paling dahsyat abad ke-21".

"Sesiapa sahaja yang tahu apa-apa mengenai kedaulatan undang-undang atau keadilan akan setuju bahawa apa yang telah berlaku kepada Anwar adalah isu politik lebih daripada isu undang-undang.

"Dan orang perlu faham bahawa apa yang berlaku kepada Anwar bukan hanya isu untuk Anwar tetapi isu untuk 30 juta rakyat Malaysia;. Ia isu global. Saya bercadang untuk bercakap di peringkat global mengenai cara dia dilayan dalam sistem undang-undang," katanya.

Menjelaskan sebab mengambil kes itu, Motley berkata beliau mengenali Anwar selama beberapa tahun.

"Saya telah berbincang dengan peguamnya. Saya telah bertemu dengan anak perempuannya. Dan selepas benar-benar memahami apa yang telah berlaku, dan mengetahui hak asasi manusia dan tindakan undang-undang antarabangsa adalah pengkhususan saya, ia menggalakkan saya untuk mengambil kes ini," katanya.

Motley akan bekerjasama dengan peguam Anwar dari Malaysia, dan kertas kerja difailkan untuk membenarkan dia mewakili ketua umum PKR itu.

Beliau merupakan seorang graduan dari Marquette Law School pada tahun 2003 dan pernah menjadi pengamal undang-undang di Amerika Syarikat dan Afghanistan.

Motley juga melakukan kerja-kerja penyelidikan dalam bidang keadilan juvana yang dilaporkan di peringkat antarabangsa.

Beliau juga membantu melatih beratus-ratus peguam di Afghanistan.

Lihat Komen
ADS