Laporan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mendedahkan bahawa salah faham antara seorang anak kapal Malaysia Airlines A330 Malaysia dengan kakitangan di lapangan terbang di Melbourne, membawa kepada kejadian 31 Mac yang merosakkan pintu pesawat.
Menurut portal talian Australia, news.com.au, pesawat A330 itu bertembung dengan sebuah aerobridge di lapangan terbang Melbourne apabila kapten melepaskan brek mendarat, tanpa memeriksa sama ada jika penyedal sudah diletakkan.
Ia memetik laporan ATSB, yang menyatakan prosedur di lapangan terbang itu dengan anak kapal tidak harmoni, yang membawa kepada salah faham antara kru.
"Masalah ini mengurangkan kemungkinan bahawa prosedur masing-masing akan diikuti dengan betul," kata laporan itu.
"Selain itu, anak-anak kapal dan jurutera tidak menyampaikan tindakan dan niat mereka dengan jelas kepada orang lain," katanya.
Sebelum perlanggaran, adalah dilaporkan bahawa kapten menggunakan brek mendarat semasa menjalankan pemeriksaan di luar pesawat sebelum penerbangan yang dijadualkan ke Kuala Lumpur itu.
Ini menyebabkan jurutera penyelenggaraan kapal terbang mengandaikan bahawa brek mendarat sudah terpasang, dan penyendal pendaratan utama telah dikeluarkan.
Apabila kapten kembali ke dek penerbangan, bagaimanapun, beliau melepaskan brek mendarat dan ini menyebabkan pesawat A330 melonjak tiga meter dan melanggar aerobridge itu.
