Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
M'sia belum bersedia untuk pendidikan percuma, kata ahli akademik

Sementara banyak pihak terutama pimpinan pelajar serta ahli-ahli politik pembangkang mahu pendidikan tinggi diberikan secara percuma, ahli akademik mempersoalkan sama ada masyarakat Malaysia boleh menghargai sesuatu yang percuma.

Persoalan yang ditimbulkan oleh Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Zaharuddin Abd Rahman ekoran gesaan para pelajar Universiti Selangor (Unisel) yang mahu pembelajaran di universiti itu 'dibebaskan' daripada semua yuran.

Walaupun Zaharuddin tidak menentang pengajian tertiari percuma, beliau yang juga pembantu profesor UIAM dan menjadi salah seorang ahli panel dalam forum di Kongres Mahasiswa Nasional di Ampang hari ini berkata, idea yang ideal mungkin tidak baik pada ketika masyarakat tidak bersedia.

" Pendidikan tertiari percuma itu baik tetapi apakah masyarakat kita menghargai sesuatu yang percuma?

"Lihat sahaja kongres ini dan ia percuma, bukan?" ujar Zaharuddin dengan merujuk kepada kehadiran hanya lebih 100 pelajar sahaja.

Ahli akademik tersebut yang turut berkhidmat sebagai penasihat kepada beberapa institusi kewangan Islam berkata, seseorang akan lebih menghargai jika perlu membayar untuk mendapatkan sesuatu.

"Malangnya , masyarakat kita belum bersedia (untuk pendidikan percuma). Apa yang perlu kita lakukan adalah membuat penilaian (berhubung dengan pendidikan percuma).

"Kita tidak sepatutnya bertindak melampau bahawa segala-galanya adalah percuma, pendidikan percuma mungkin perlu disediakan untuk pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi mengikut penanda aras tertentu," jelasnya.

'Pilihan yang lebih sihat'

Dengan itu, beliau percaya akan menjadi pilihan yang lebih sihat kerana masyarakat Malaysia terutamanya bagi kalangan mereka yang "kurang berakhlak' dengan akan mengambil mudah apa sahaja yang didapati percuma .

"Pendidikan percuma mungkin untuk sekolah rendah dan menengah baik-baik saja tetapi untuk universiti, ia bergantung kepada kesesuaian," tambahnya.

Seorang lagi anggota panel , Anggota Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang diajukan soalan yang sama sebelum itu berkata, beliau tidak memainkan peranan dalam hal ehwal kerajaan negeri walaupun seorang ahli parlimen.

"Jadi, menjadi sukar walaupun untuk memberi nasihat kepada menteri besar mengenai Unisel.

"Tetapi saya akan bangkitkan perkara itu dengan menteri besar apabila berjumpa beliau, walaupun dah setahun tidak berjumpa," tambahnya secara berjenaka.

Sekadar berjenaka, bagaimanapun, kata Wong, Pakatan Harapan percaya pendidikan percuma adalah hak dan adalah sangat penting untuk menangani ketaksamaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS