Pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) bagi tahun ini dijangka lebih sengit.
Jika biasanya ia membabitkan pertembungan dua "dua pihak", tapi kali ini lima kumpulan - dengan tiga daripadanya telah membentuk pakatan - bersaing merebut 32 kerusi fakulti dan lapan kerusi kampus.
Lima kumpulan itu adalah Penggerak Mahasiswa, Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Persatuan Pelajar Islam UM (PMIUM), Persatuan Untuk Belia Baru UM (UMANY), dan Neo-siswa.
PMUM, UMANY dan PMIUM telah membentuk pakatan pilihan raya, dan telah meletakkan masing-masing 15, sembilan dan enam calon.
Kumpulan pro-establishment, Penggerak Mahasiswa, telah meletakkan 38 calon, manakala Neo-Siswa membariskan empat calon.
Dua calon UMANY - presidennya Ho Chi Yang dan setiausahanya Lau Li Yang, telah dibatalkan kelayakan mereka untuk bertanding,
Menurut Ho, dia mendapat panggilan dari kakitangan, yang memaklumkan kepadanya bahawa Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah mendapat surat pencalonannya, tetapi naib canselor menolak permohonannya dan membatalkan kelayakan untuk bertanding.
Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, Ho mendakwa dia telah hilang kelayakan itu ekoran satu sidang media tanpa kebenaran yang diadakan pada 14 Disember tahun lalu, yang mendakwa UM merancang untuk mengenakan had 5GB bagi setiap pelajar bagi penggunaan internet percuma di kampus dan pihak pihak universiti telah menafikan dakwaan tersebut.
Lau pula telah hilang kelayakan selepas gagal melengkapkan borangnya mengikut masanya. Katanya, dia mahu beralih dari kerusi kampus kepada kerusi fakulti, tetapi proses itu terlalu rumit.
Pihak universiti itu enggan menerima permohonannya, yang didakwanya, difailkan hanya lima minit lewat.
