Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Ia mengenai kebebasan SPR, bukan mengambil kuasanya'

Apa yang penting adalah untuk memulihkan kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hujah beberapa orang penganalisis politik.

Pada hari Khamis, ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli menggesa parti-parti bukan Melayu dalam BN supaya menyokong rang undang-undang ahli persendirian untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mencabut kuasa persempadanan semula daripada SPR.

Ia adalah untuk memberi tekanan terhadap Umno, rakan kongsi yang dominan dalam BN, bagi menolak syor SPR mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Manakala langkah itu dipuji oleh beberapa pihak, namun beberapa penganalisis politik bagaimanapun mengatakan mengambil kuasa persempadanan semula dari SPR tidak seharusnya menjadi fokus pembaharuan berhubung pilihan raya.

Seorang felo kanan di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Faisal S Hazis, menegaskan bahawa terdapat keperluan untuk memulihkan kebebasan SPR.

"Saya faham mengapa Rafizi berhujah sebegini - SPR telah dieksploitasi oleh kerajaan BN untuk kekal berkuasa - tetapi mengambil kuasa itu dari SPR tidak menyelesaikan masalah ini," kata Faisal kepada Malaysiakini.

Penganalisis politik Khoo Kay Peng pula berpendapat bahawa isunya bukan mengenai sama ada SPR perlu atau tidak perlu melakukan persempadanan semula.

Sebagai SPR, menyelia proses persempadanan semula perlu menjadi antara tugasnya.

"Masalahnya ialah bahawa ia berat sebelah," kata Khoo .

Khoo menekankan pentingnya bagi Parlimen untuk membuat satu rangka kerja bagi proses persempadanan semula.

Tetapkan penanda aras, katanya, untuk kerja-kerja persempadanan semula dan dibuat mengikut ruang lingkupnya.

"Ini bukan soal mengambil kuasa persempadanan semula dari SPR kerana persempadanan semula akan diperlukan, "kata Khoo.

'BN S'wak boleh main peranan utama'

Sementara itu, Faisal berkata Rafizi tidak seharusnya hanya memanjangkan jemputan kepada partu-parti bukan Melayu dalam BN.

"Ia seharusnya menjadi inisiatif bi-partisan. Rafizi seharusnya menggesa ahli-ahli politik dari kedua belah pihak untuk menyokong rang undang-undangnya itu.

"Akhirnya, ada kemungkinan pembangkang mungkin memenangi pilihan raya. Kita tidak mahu pembangkang menyalahgunakan ini untuk keuntungannya," kata beliau.

Ahli sains politik itu juga percaya parti-parti komponen BN Sarawak boleh memainkan peranan penting dalam perkara ini.

Parti kedua terbesar dalam BN sekarang, katanya, adalah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), dan ia boleh menjadi penentu.

"Sudah masanya untuk parti-parti Sarawak memainkan peranan tersebut dan tidak hanya menjaga kepentingan Sarawak," kata Faisal.

Manakala pengarah program Merdeka Center Ibrahim Suffian pula berkata: "Saya rasa mereka (parti bukan Melayu dalam BN) akan menilai keanggotaan mereka dalam BN lebih daripada bekerjasama dengan Rafizi, walaupun dalam hal-hal seperti ini."

Bersetuju dengan pandangan tersebut, pengarah Institut Asia, Universiti Tasmania, James Chin berhujah bahawa parti-parti bukan Melayu dalam BN tidak akan mahu menimbulkan sebarang masalah dalam barisan parti pemerintah itu.

"Mereka tidak boleh hidup tanpa Umno dan BN, jadi mereka akan hanya akur. Parti-parti bukan Melayu ini sebenarnya takut kehilangan kuasa jika Umno kalah.

"Dengan Umno berkuasa, mereka akan sentiasa mendapatkan jawatan kabinet, tidak kira sama ada mereka menang atau kalah.

"Dengan itu, MCA sentiasa mendapat tiga hingga empat jawatan Kabinet tidak kira bagaimana baik atau teruk pencapaiannya dalam pilihan raya umum, "kata Chin.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS