Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
SPRM rampas RM112 juta, tahan pegawai Jabatan Air Sabah
Diterbitkan:  Oct 5, 2016 11:04 AM
Dikemaskini: 11:26 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas RM112 juta wang tunai dan wang yang disimpan di dalam bank susulan penahanan dua pegawai kanan Jabatan Air Sabah kerana disyaki menyalahgunakan kuasa.

Jumlah tersebut merangkumi RM52 juta wang tunai dan RM60 juta lagi dalam akaun bank yang telah dibekukan- menjadikan rampasan terbesar SPRM setakat ini.

Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pihaknya juga percaya besar kemungkinan lebih banyak wang disimpan dalam bank di negara jiran.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut berkaitan perkara itu.

"Selain wang tunai, turut disita sembilan kenderaan mewah, 94 beg tangan mewah, barang kemas dan jam mewah," katanya pada sidang media di Kota Kinabalu, petang Rabu seperti dilaporkan Mstar.

Mengenai dua lagi individu yang ditahan hari ini, Azam berkata, salah seorang bergelar Datuk yang juga abang kepada timbalan pengarah jabatan itu yang berusia 55 tahun.

Turut ditahan adalah akauntan berusia 50 tahun.

Semua empat suspek kes melibatkan RM3.3 bilion dana projek Pusat itu ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Mengulas lanjut, Azam berkata, rampasan wang tunai jutaan ringgit itu melibatkan beberapa lokasi seperti di rumah, bank dan pejabat suspek.

“Setiap daripada sasaran yang kita tahan itu, setidak-tidaknya tiga lokasi. Termasuk peti besi, rumah, pejabat dan ada juga melibatkan peti besi di bank,” katanya.

Semalam, dua suspek berusia 51 dan 54 tahun ditahan di pejabat masing-masing kira-kira 9.15 pagi kerana disyaki memonopoli dan memberikan projek-projek yang dikendalikan jabatan itu kepada sanak saudara mereka.

Mereka dilapor mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak 2010 dan memonopoli kesemua projek untuk diserahkan kepada adik-beradik.

Lihat Komen
ADS