Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penyokong Bersih dilempar telur, diterajang di Sabak Bernam

Dua lelaki yang memakai baju BERSIH telah dilempar telur oleh peserta baju merah di Sabak Bernam, hari ini.

Kedua-duanya yang menunggang motosikal telah diserang apabila mereka melintasi jalan masuk ke dalam kawasan yang dipenuhi kumpulan baju merah.

Seorang saksi berkata, lelaki berkenaan menghampiri kumpulan baju merah selepas mereka melempar telur dari seberang jalan.

Bagaimanapun, polis berkata, lelaki itu mahu pulang ke rumah dan memutuskan untuk menggunakan jalan yang dipenuhi oleh kumpulan baju merah.

Selepas menghampiri kumpulan baju merah itu, seorang lelaki telah berundur tetapi seorang lagi yang mana motosikalnya ditolak, berdiri dan dilempar dengan telur.

Seorang peserta baju merah kemudian menendang dari belakang sehingga menyebabkan beliau terbaring ke atas jalan raya.

Seorang pegawai polis kemudian mecelah menerusi orang ramai bagi membantu peserta BERSIH tersebut.

Lelaki itu kemudian ditendang buat kali kedua oleh individu lain dari belakang ketika pegawai polis sedang meminta semua pihak agar bertenang.

Kemudian lelaki itu diiringi untuk meninggalkan tempat kejadian selepas itu pemimpin baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos muncul dan meminta pengikutnya untuk mengangkat motosikal mangsa.

Jamal kemudiannya secara peribadi menyerahkan kembali motosikal itu kepada polis.

Semalam, seorang pemimpin Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah memberi amaran untuk menyekat konvoi BERSIH bagi memasuki Selangor.

Katanya, sekatan itu akan dibuat atas alasan bagi menghormati hari pemasyhuran Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai raja muda Selangor.

“Tetapi apabila mereka melintasi (sempadan Selangor), tidak menghormati hari pemasyhuran, kita tidak akan teragak-agak untuk menghalang puak-puak mengarut ini daripada terus berjalan di negeri Selangor.

“Cukuplah BERSIH, kita akan jumpa anda di tiga tempat yang anda nyatakan, iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjung Karang.

“Kita tunggu anda di sana,” katanya seperti dilaporkan KiniTV.

[Baca berita penuh]

Konvoi kumpulan pemantau reformasi, BERSIH, di seluruh memasuki hari ketiga pagi ini, dan mereka berlepas dari enam lokasi untuk mempromosi perhimpunan kelima gerakan itu pada 19 November depan.

Mereka berlepas dari Sungai Petani, Kedah; Kulai, Johor; Kota Bharu, Kelantan; Teluk Intan, Perak; Bintulu, Sarawak dan Tawau, Sabah.

Perjalanan konvoi itu adalah sebahagian daripada jelajah BERSIH selama tujuh minggu untuk mempromosi perhimpunan BERSIH 5 yang menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dan mendesak pembaharuan institusi.

Malaysiakini  membawa kepada anda maklumat kemas kini mengenainya.

3pm: Sabak Bernam - hari ini berakhir dengan sidang akhbar oleh Jamal, di mana beliau mengkritik BERSIH kerana didakwa memfitnah polis, tetapi masih meminta bantuan mereka.

Konvoi terakhir BERSIH meninggalkan kawasan itu sebelum sidang akhbar tersebut dan kumpulan baju merah bersurai tidak lama kemudian.

Polis menganggarkan terdapat kira-kira 200 penyokong BERSIH dan 400 dari kumpulan baju merah di Sabak Bernam.

Penyokong BERSIH dibaling telur

2:40pm: Sabak Bernam - penyokong BERSIH ditendang, dibaling telur

Kereta konvoi di Sabah rosak, ketegangan di Kota Tinggi diredakan

2pm: Tawau - Beberapa kenderaan dalam konvoi BERSIH Sabah rosak ketika pasukan itu mengedar risalah di di bandar, menurut Facebook gerakan itu.

Menurutnya cermin tingkap beberapa kenderaan peserta telah dipecahkan dan tayar mereka dipancitkan. Mereka telah buat laporan polis.

Menurutnya lagi, konvoi-konvoi BERSIH berdepan dengan provokasi di Kota Tinggi, Johor, dan Baling, Kedah, tetapi polis telah campur tangan untuk menenangkan keadaan.

Kota Tinggi - Satu kumpulan yang cuba untuk menyekat BERSIH, bersetuju untuk bersurai selepas mengadakan rundingan dengan pihak polis.

Bagaimanapun, kumpulan itu kembali semula apabila konvoi pergi untuk makan tengah hari dan mereka terpaksa menghalau mereka, lapor BERSIH.

"Salah seorang daripada mereka mula bertindak agresif dan telah ditangkap oleh pihak polis. Konvoi BERSIH telah beredar secara aman dan meneruskan perjalanannya."

Penghadang di Sabak Bernam

1.30pm: Sabak Bernam - Kira-kira 100 anggota baju merah berkumpul dengan tujuan untuk menyekat laluan BERSIH dari Perak ke Selangor.

Pihak polis menempatkan pasukan penggempur ringan (LSF) dan meletakkan kawat duri di seberang jalan, di hadapan kumpulan baju merah.


 

Di dalam stadium mini Sabak Bernam, terdapat 100 peserta BERSIH mendengar ucapan.

Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dilihat tiba untuk menyertai kumpulan baju merah dan merancang langkah mereka seterusnya.

 


 
Sekatan baju merah di Teluk Intan, Kota Tinggi

12.30pm: Kota Tinggi - 20 anggota baju merah menyekat konvoi dari selatan dan mahu mereka untuk berhenti daripada meneruskan perjalanan ke Kluang. Polis cuba berunding.

 


 

10.41am: Teluk Intan-Jalan Bidor - Satu insiden kecil meletus ketika kumpulan baju merah cuba campur tangan.

Awal pagi ini, konvoi di Alor Setar diganggu seketika dengan kemunculan kumpulan baju ahli merah ketika hendak berlepas.

 



Convoy kicks off this morning

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS