Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Lanjutkan siasatan ke atas ahli politik berprofil tinggi’
Diterbitkan:  Oct 10, 2016 3:42 PM
Dikemaskini: 7:46 AM

Transparency International-Malaysia menyambut baik tindakan agresif oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencegah rasuah di sektor awam, tetapi berharap siasatan dapat dilanjutkan ke atas kes-kes berkaitan ahli politik yang berprofil tinggi.

Presidennya, Akhbar Satar berkata, Barometer Rasuah Malaysia 2014 menunjukkan bahawa parti politik adalah badan yang paling korup di Malaysia, diikuti oleh polis dan penjawat awam.

"Ahli politik dilihat paling korup dan menggantikan polis untuk menduduki tempat teratas pada tahun sebelumnya.

“Hasil dapatan kajian menunjukkan fakta bahawa orang ramai tidak lagi melihat ahli politik sebagai individu yang berintegriti atau sebagai telus dan bertanggungjawab seperti yang sepatutnya.

"Statistik SPRM menunjukkan bahawa hanya dua ahli politik ditahan daripada 670 jumlah tangkapan pada 2015 dan hanya dua daripada mereka ditahan sehingga Oktober 2016," katanya.

Kebanyakan kes-kes ini, menurut Akhbar, tidak mungkin menjadi berprofil tinggi kerana mereka tidak disiarkan media.

Beliau menambah bahawa untuk SPRM meningkatkan kredibiliti dan mendapatkan sokongan dan keyakinan orang ramai, ia perlu secara serius membasmi rasuah dan mengukuhkan komitmennya untuk menjalankan siasatan secara telus dan profesional tanpa rasa takut atau pilih kasih.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS