Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hanipa kembali di Dewan Rakyat, walaupun bertongkat

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dari Parti Amanah Negara (AMANAH) kini telah kembali menyertai persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini, setelah terlepas sesi yang lalu akibat serangan angin ahmar.

"Saya amat gembira (dapat kembali), berjumpa dengan Umno membawa saya kembali kepada kehidupan," katanya secara berseloroh ketika ditemui di lobi Parlimen.

Mohamed Hanipa yang bergerak menggunakan tongkat diiringi oleh beberapa ahli parlimen AMANAH lain yang membantu beliau berjalan.

Ketika penampilan awam terakhir dua bulan lalu semasa sambutan hari jadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Hanipa tampil duduk di atas kerusi roda.

Tambahnya, beliau masih menjalani rawatan fisioterapi buat masa sekarang, tetapi tidak perlu berbuat demikian pada setiap hari.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk menghadapi perubahan baru dalam Parlimen, beliau dengan ceria menjawab: "Selagi BN ada, saya bersedia."

Sekitar enam bulan yang lalu, pada kejadian kira-kira 5.30 petang itu, Hanipa dikatakan secara tiba-tiba mengalami pening kepala dan kelihatan tidak bermaya.

Beliau kemudiannya dikejarkan ke hospital selepas pengsan.

"Semua orang bangun masa rehat (kecuali beliau).

"Dia hanya terduduk dan tidak boleh bangun, (Ahli Parlimen Klang) Charles Santiago dan saya mendekati dan menyapanya tetapi beliau tidak jawab," kata Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.

Hanipa adalah ahli parlimen Sepang sejak 2013 di bawah tiket PAS sebelum menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) tahun lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS