Seorang puteri Saudi dilaporkan dihukum mati di Riyadh semalam selepas mahkamah mendapati dia bersalah menembak mati seorang lelaki selepas mereka bergaduh.
Putera Turki bin Saud al-Kabir mengaku bersalah menembak Adel al-Mohaimeed, kata kementerian dalam negeri Saudi seperti dilaporkan agensi berita rasmi negara itu.
“Kerajaan... mahu menjalankan undang-undang, memastikan keselamatan dan menegakkan keadilan dengan melaksanakan undang-undang yang ditetapkan Allah...,” kata kementerian itu.
Reuters yang memetik SPA bagaimanapun melaporkan kaedah hukuman itu dijalankan tidak disebut, tetapi kebanyakan hukuman bunuh di Arab Saudi dijalankan dengan memenggal kepada pesalah menggunakan pedang.
Langkah yang jarang-jarang berlaku itu menunjukkan anggota keluarga diraja Arab Saudi turut tertakluk kepada hukuman mati di negara itu.
Kes paling terkenal berlaku pada 1975 apabila Faisal bin Musaid al Saud dijatuhi hukuman mati selepas membunuh bapa saudaranya Raja Faisal.
Anggota kerabat Saudi dianggarkan berjumlah sehingga ribuan orang.
Mereka menerima elaun bulanan dan putera-putera kananya terkenal kaya raya dan memegang kuasa politik negara.
