Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sedekad berlalu, masih tiada pengebumian buat Altantuya

EKSKLUSIF l Pelawat tidak dialu-alukan di dunia keluarga Dr Setev Shaariibuu di Ulaanbaatar, ibu negara Mongolia, yang satu ketika dahulu ceria.

Profesor yang berang itu terus bersedih dengan pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaariibuu, 28, oleh dua pegawai polis di Malaysia sedekad yang lalu tetapi sehingga kini belum diselesaikan.

Malah, saudara-mara juga tidak digalakan menjejakkan ke dapur di teratak itu bukan kerana ia sememangnya bocor dengan air yang menitis tetapi Setev menjelaskan bahawa isterinya mempunyai masalah jantung akibat tekanan akut.

Dia secara tiba-tiba boleh menjerit kepada mereka yang menceroboh rumah sewa mereka.

Mengikut cerita, dia begitu sedih, dengan kematian anaknya hingga menyebabkan dua cucu mereka kini yatim.

"Walaupun terdapat tingkap di rumah, namun kegelapan yang kami alami adalah di luar imaginasi," kata Setev.

"Kamu tidak akan melihat sebarang keindahan di sini. Hidup ini gelap-gelita... Pembunuh itu bukan sahaja merampas hidupnya, mereka memusnahkan seluruh keluarga... Mereka tidak perlu hidup dalam dunia yang penuh dengan air mata."

Dengan tangan tergenggam erat di meja, Setev yang adalah profesor dalam bidang Pengajian Filem seterusnya menjelaskan mengapa temu bual ini perlu dijalankan pejabatnya di universiti.

Cebisan tulang

"Mengikut tradisi Mongolia, upacara dan pengebumian perlu diadakan dalam tempoh 49 hari selepas ada kematian. tetapi kami belum mengadakan pengebumiannya sejak 10 tahun lalu," kata Dr Setev Shaariibuu, sambil mengimbau bagaimana seorang peguam Malaysia membantu mereka menerima "kotak kecil" yang dihantar oleh kerajaan Malaysia ke kedutaan Mongolia di Thailand.

"Cebisan tulang" dibakar di tempat pembakaran mayat di sana. Bekas abu ditempatkan di sebuah kuil di sebuah tanah perkuburan selama tujuh tahun sehinggalah mereka tidak mampu lagi untuk membayar kos penyimpanannya dan membawanya pulang.

Mereka telah menjual apartmen untuk membayar kos guaman, tambang penerbangan dan tempat penginapan yang diperlukan apabila Setev ke Malaysia untuk cuba memastikan keadilan ditegakkan.

Sementara itu, walaupun dalam usia persaraannya, Setev masih mengajar. "Roda kehidupan keluarga saya akan berhenti jika saya mati," katanya.

Beliau menceritakan bagaimana di rumah, cucu bongsunya yang berusia 14 tahun, merangkak sekitar kawasan lantai kerana tangan dan kakinya hilang fungsi disebabkan oleh penyakit yang dialaminya ketika masih bayi.

Altantuya membawanya ke klinik luar negara untuk rawatan dan dia mula boleh berjalan dengan berpegang pada dinding.

Sifat sebenar

Tetapi Setev berkata keadaan cucunya itu telah merosot kerana "di segi ekonomi dan emosi", dia tidak mampu untuk melakukan perkara yang sama.

Cucu sulungnya, 19, menghabiskan sebahagian hari berbaring di katil, manakala adik perempuan Altantuya diminta oleh Setev duduk dalam rumah apabila tidak bekerja.

"Saya sediakan makanannya. Seorang telah pun mati. Bagaimana kalau dia pula kena langgar kereta?

Setev bercakap mengenai Altantuya. Katanya, tiada siapa pun, termasuk wartawan, yang pernah bertanya kepadanya tentang "sifat sebenarnya" dan mendakwa reputasi anaknya itu telah tersalah "dicemari" oleh orang lain.

Katanya, anak perempuannya itu pernah berkata kepadanya: "Saya seorang gadis yang lahir pada Tahun Kuda. Saya akan buat bising di seluruh dunia".

Menurut Setev, masyarakat Mongolia percaya bahawa gadis yang lahir dalam Zodiak China, yang dikaitkan dengan kuda lumba dan perang, ditakdirkan untuk menjadi "keras" dan "pergi jauh". Tetapi dia telah berhenti, selama-lamanya, 10 tahun yang lalu.

Prestasi cemerlang

Seorang pelajar yang cemerlang, dia cepat menyesuaikan diri dengan berpindah ke bekas Kesatuan Soviet dengan penterjemah dan guru ibu dan bapa, di mana pekerjaannya adalah untuk membantu rakyat Mongolia yang bekerja dan belajar di negara komunis itu.

Altantuya fasih berbahasa Rusia dalam masa beberapa bulan sahaja dan menghoskan persembahan pentas Hari Wanita Antarabangsa yang dianjurkan oleh anak-anak kampung. Para gurunya memuji prestasi cemerlang gadis itu.

Di Petersburg, Rusia, dia menyemai minat terhadap seni halus dan budaya klasik lain. Dia suka menonton opera dan menjadi seorang pengumpul rekod vinil yang masih disusun tinggi dalam bilik di rumah keluarganya.

Dengan minat mendalam dalam bahasa asing, dia kemudiannya menguasai Bahasa Inggeris, China, Perancis, Korea dan Jepun, selain bahasa ibundanya Mongolia, dan dia merantau ke seluruh dunia dengan kerjayanya dalam bidang penterjemahan.

"Itulah kesilapan saya kerana saya biarkan dia banyak sangat belajar. Hidupnya mungkin berbeza jika dia hanya tinggal di Mongolia," Setev merungut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS