Menteri agama menolak dakwaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Seri Jamil Khir Baharom mahu mengharamkan sesuatu makanan hanya kerana namanya.
Katanya, nama sesuatu makanan tidak penting berbanding kandungan bahan yang digunakan untuk membuatnya.
“Tak timbul Jakim dan majlis agama nak haramakan makanan yg sudah sedia dkenali yg popular atau establish dengan nama lain, termasuk hot dog dan nama-nama berkait.
'Ttapi kita fokus, bukan (kerana) nama cucur kodoknya, cakar ayamnya. Tapi nama itu sudah popular dengan nama tersebut. Tak timbul langsung dengan (dakwaan mahu) mengharamkan.
“Tak timbul langsung,” kata menteri di jabatan perdana menteri itu, yang menyentuh isu sijil halal rangkaian kedai roti pretzel Untie's Anne yang menjadi viral di Internet.
Jakim kelmarin berkata mereka menyarankan Auntie Anne's menukar nama makanan mereka pretzel dog kepada ‘pretzel sausage’ untuk memudahkan memperoleh sijil halal.
Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Dr Sirajuddin Suhaimee berkata panel penilaian jabatan itu sebelum ini tidak dapat mempertimbangkan permohonan Auntie Anne's kerana perkataan dog merujuk kepada anjing dalam bahasa Inggeris.
Jakim dalam kenyataan pada hari sama bagaimanapun menegaskan walaupun belum mendapat perakuan halal, pihaknya tidak pernah mengatakan bahawa produk tersebut tidak halal.
Isnin lalu, penyelia kualiti dan eksekutif halal Auntie Anne's Farhatul Kamilah Mohamed Sazali menjelaskan Jakim mahu pretzel dog ditukar kepada nama yang lebih sesuai.
Farhatul Kamilah juga berkata Jakim mahu permohonan sijil halal bagi dapur berpusat dipohon dahulu sebelum outlet dan permohonan bagi outlet pula hendaklah dibuat secara zon untuk memudahkan audit.
Bagaimanapun, terdapat media antarabangsa yang membuat laporan salah, kononnya kerajaan mahu mengharamkan hot dog jika namanya tidak ditukar.
