Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Skim kesihatan percuma untuk sejuta rakyat Selangor

Kerajaan negeri Selangor memperkenalkan skim kesihatan percuma untuk kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam belanjawannya bagi tahun 2017.

Digelar "Skim Peduli Sihat" atau skim perlindungan perubatan dan kesihatan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata, langkah itu diambil untuk menangani kos sara hidup yang dihadapi kumpulan berkenaan.

"Untuk maksud ini, kerajaan negeri bercadang memperuntukkan sejumlah RM125 juta setahun bagi pelaksanaan Skim Peduli Sihat yang akan menyediakan perkhidmatan percuma penjagaan kesihatan untuk 250,000 keluarga atau 1 juta rakyat Selangor yang mempunyai pendapatan isi rumah RM 3,000 ke bawah," katanya.

Mereka yang dilahirkan dalam Selangor atau menetap di negeri itu lebih 10 tahun layak menyertai skim ini, katanya semasa membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Skim ini akan diuruskan oleh pentadbir jagaan kesihatan pihak ketiga Selgate Corporation, yang akan membiayai rawatan kesihatan asas sebanyak RM500 setahun untuk setiap keluarga yang layak.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS