Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

ULASAN Politik negara kita ini sememangnya tidak pernah sunyi dengan keterujaan. Tidak pernah ada saat-saat bosan dalam politik Malaysia mengikut pengamatan cerdik pandai politik.

Cuma apabila pimpinan nombor satu disaksikan membuat 'anjakan besar', dentumannya jauh lebih dahsyat.

Ya, Datuk Seri Najib Razak berhak membuat apa pun kegiatan pelaburan dan di mana beliau merasakan wajar dan perlu yang menelan ratusan bilion ringgit.

Namun 'menjual' negara secara berlebihan dan melampau adalah perkara yang berbeza dari sekadar pelaburan.

Tambahan serangan tajam Najib ketika dalam lawatan ke negara China, yang diarah khusus kepada "bekas kuasa penjajah" tidak sukar dibaca sebagai 'anjakan dasar luar' Malaysia.

Najib baru saja bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama. Dunia tahu.

Apakah punca peralihan ini? Jelas saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), AS.

Isu bipartisan

Bukan saja kerana anak tirinya Riza Aziz disebut dalam saman DOJ, Najib juga disebut dengan nama Malaysian Official 1 ( MO1). Beliau tentunya amat gusar dan tersangat berang.

Kendatipun demikian, apakah kerana imej atau maruahnya tercalar lalu Najib membuat perubahan dasar luar Malaysia?

Persoalan maha besarnya ialah, layakkah Najib membuat penetapan dasar luar yang mempunyai impak geopolitik dan risiko strategik ketika dalam kedudukan yang nyata dilihat sebagai tidak kukuh atau compromised?

Putrajaya, kabinet dan parlimen mesti membahaskan perkara ini secara serius dan penting kerana berpotensi meletakkan, bahkan meledakkan negara dalam kedudukan compromised serta terdedah kepada kuasa hegemoni baru di rantau ini yakni China, secara asymmetrical atau tidak seimbang.

Neologism Chinese Century
bukan satu omongan kosong khususnya di rantau ini.

Pastinya langkah ini ditanggapi bijak pandai strategi sebagai paling tidak bijak bahkan outrightly reckless atau tidak bertanggungjawab.

Perubahan dasar luar dinilai dengan faktor-faktor kritikal geostrategik secara menyeluruh dan seimbang.

Demi cinta kepada negara, harap perkara ini mendapat perhatian wakil pilihan rakyat di Dewan Rakyat dari kedua belah pihak. Ini adalah isu bipartisan.


DZULKEFLY AHMAD pengarah strategi Parti Amanah Negara (AMANAH).

Lihat Komen
ADS