story images
story images
mk-logo
Berita
Jamal dakwa 10,000 di Malaysiakini hari ini

Pemimpin gerakan baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa demonstrasi berhampiran pejabat Malaysiakini hari ini disertai 10,000 orang.

"Hari ni saya hadkan 10,000 sahaja sebab tu bangunan masih selamat," katanya kepada pemberita selepas berakhir himpunan itu hari ini.

Walaupun Jamal memetik angka berkenaan, Malaysiakini menganggarkan himpunan hari ini terdiri daripada paling banyak 700 peserta.

Terdahulu, Jamal yang mengetuai baju merah ke pejabat Malaysiakini berkata kumpulan itu tidak mencapai jumlah sasaran 20,000 orang kerana mereka "kumpulan yang mematuhi undang-undang".

"Kalau sampai 20,000 orang, selain daripada bangunan ini runtuh, semua jalinan perniagaan medianya akan tutup kedai," katanya.

Jamal, dalam pertemuan dengan pengarang kanan Malaysiakini Khamis lalu mengancam untuk membawa 20,000 orang dan meruntuhkan sebahagian daripada bangunan itu jika portal berita itu tidak menjelaskan pembiayaan yang diterima daripada Open Society Foundations (OSF).

Perhimpunan hari ini turut dihadiri segelintir kaum bukan Melayu.

Keadaan itu digunakan oleh pemimpin-pemimpin baju merah dalam ucapan mereka sebelum ketibaan Jamal untuk menyatakan perhimpunan itu bukan sahaja terdiri daripada kaum Melayu.

Oleh kerana jumlah polis yang ramai, tidak ada kejadian tidak diingini berlaku kecuali pergaduhan kecil antara pengamal media dan baju merah ketika mereka berasak-asak.

Jamal selepas ketibaannya berkata beliau mempunyai sesuatu untuk ditunjukkan iaitu mempamerkan demonstrasi silat.

Walaupun bukan Jamal sendiri menjadi sebahagian daripada peserta demonstrasi silat berkenaan, melihat beberapa lelaki dipukul dengan kayu agak sukar diterima akal.

Demonstrasi itu, katanya, hanya permulaan terhadap apa yang baju merah mampu lakukan.

Baju merah membantah pembiayaan beberapa organisasi tempatan oleh OSF yang dikaitkan dengan jutawan George Soros.

Menurut Jamal, Soros bertanggungjawab terhadap krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan membiayai revolusi di banyak negara di seluruh dunia.

Pada mulanya, baju merah sepatutnya berkumpul di Dataran Merdeka tetapi selepas dihalang, mereka sebaliknya memilih untuk berhimpun di pejabat Malaysiakini.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini