story image

Perkara pertama terlintas di fikiran Zunar sejurus selepas dibebaskan daripada tahanan reman polis ialah: Kartun apa yang akan dilukisnya malam ini.

"Insiden ini terlalu kartun hinggakan saya tak tahu di mana nak mula melukis, tetapi saya pasti akan hasilkan siri kartun untuk menjelaskan keseluruhan situasi ini," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Zunar yang ditahan polis mengikut Akta Hasutan semalam, dibebaskan kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Beberapa jam sebelumnya Zunar - atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque - dibawa polis ke mahkamah majistret untuk mendapatkan kebenaran menahan reman.

Peguam Zunar, Ramkarpal Singh, berkata polis memohon supaya mereka dibenarkan menahan reman Zunar selama empat hari namun pendaftar kanan mahkamah memutuskan polis hanya dibenarkan menahan pelukis kartun politik itu sehari.

Seorang pagi peguam Zunar, RSN Rayer, petang ini memberitahu pelukis kartun itu perlu melapor diri kepada polis semula pada 27 Disember ini.

Penahanan itu juga menyebabkan pelancaran buku Zunar, Wasabi dibatalkan. Dia dijadual pulang ke Kuala Lumpur malam ini.

Pemenang anugerah Kartunis Keamanan Dunia 2015 itu pada Jumaat dikasari sekumpulan lelaki diketuai pemimpin pemuda Umno Pulau Pinang.

Malaysiakini pada 26 November melaporkan Zunar mendakwa dia dikasari, termasuk ditumbuk empat kali ketika pamerannya diserang serta dirosakkan

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim didakwa terlibat dalam insiden berkenaan.

Bagaimanapun dua daripada karyanya dilaporkan rosak akibat serangan itu.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen (0)
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS