Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
PAS: Orang Asli damai sebelum datang pihak luar
Diterbitkan:  Dec 1, 2016 12:59 PM
Dikemaskini: 5:08 AM

Organ rasmi PAS terus memainkan isu “orang luar” yang didakwa menyusahkan pelbagai pihak dalam bantahan terhadap kegiatan pembalakan di Gua Musang.

Memetik Jumak Abahk, Harakahdaily melaporkan penghulu Kuala Betis sebagai berkata perkampungan Orang Asli di pedalaman Kelantan aman damai sehinggalah kedatangan pihak luar sejak 2010.

“Pernah pada 2012 berlaku sekatan laluan balak di Kampung Lambung yang juga berakhir dengan tangkapan polis.

“Sebelum itu pihak luar juga mendalangi sekatan laluan balak, namun mereka berpindah ke tempat lain selepas dilarang pemimpin Orang Asal di situ,” katanya di sini.

Kelmarin Jabatan Perhutanan Negeri dan kerjasama polis menahan 47 penduduk Orang Asal yang terbabit dengan sekatan laluan lori balak di Simpang Petei dan Pos Bihai.

Polis mendapat perintah reman daripada majistret untuk menahan mereka antara sehari hingga dua hari.

Menurut Harakahdaily, ketika operasi menahan kumpulan yang membina sekatan di situ, pihak keselamatan turut menemui sumpit dan parang di pondok tempat sekatan.

Akhbar web itu turut melaporkan ada dalam kalangan yang ditahan memiliki kad pengenalan luar Kelantan termasuk dari Perak.

“Di perkarangan mahkamah tadi juga aktivis Parti Amanah Negara (PAN) dan PSM dilapor menasihat penduduk Orang Asal supaya tidak berputus asa dengan perjuangan mereka,” lapor Harakahdaily.

Aktivis: Majoriti orang Kelantan

Sementara itu, kumpulan aktivis menafikan pihak yang ditahan kebanyakan daripada luar Kelantan.

Mereka malah memuat naik nombor kad pengenalan dan nama yang ditahan. Sebahagian besarnya anak kelahiran Kelantan.

Menurut mereka, seramai 41 aktivis ditahan berasal dari Kelantan, lima dari Kelantan dan seorang dari Selangor.

Sekumpulan aktivis turut menyalakan lilin di depan Pejabat Agung PAS di ibu kota malam tadi bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan Kelantan.

Setiakawan dari Lampung

Sementara itu, aktivis-aktivis alam sekitar pelbagai negara Friends of the Earth International yang sedang bermesyuarat di Lampung, Indonesia semalam turut menunjukkan setiakawan mereka dengan aktivis ditahan.

Sahabat Alam Malaysia memuat naik gambar mereka memegang pelbagai poster menyokong perjuangan Orang Asli di Gua Musang dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

“Pertahan tanah kamu bukan jenayah,” menurut sekeping poster yang dipamer.

Lihat Komen
ADS