Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bersimpati dengan nasib Orang Asli di kawasannya tetapi berpandangan mereka tidak seharusnya bertindak tanpa mengikut undang-undang.

Ketika ditemui di luar Perhimpunan Agung Umno hari ini, Tengku Razaleigh berkata masyarakat Orang Asli mungkin mempunyai alasan kukuh untuk mendirikan penghadang untuk menyekat pembalak, tetapi ini masih menyalahi undang-undang.

"Mereka bertindak sendiri. Sepatutnya mereka minta polis (untuk bantuan)," katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang selama 11 penggal itu, berkata beliau memahami bahawa masyarakat Orang Asli di kawasannya menghadapi kesukaran untuk terus hidup.

"Air kotor dan semua tanaman mereka dimusnahkan oleh pembalak yang sewenang-wenangnya menebang balak dan memusnahkan kampung-kampung mereka," katanya.

Mengenai sama ada pembalak perlu dikenakan tindakan, Tengku Razaleigh berkata ini adalah prerogratif kerajaan negeri Kelantan.

Selasa lalu, polis menahan 48 Orang Asli yang terbabit dalam sekatan itu.

Kumpulan berkenaan, yang berumur 18 hingga 40 tahun itu ditahan selepas polis dan Jabatan Perhutanan memusnahkan penghadang mereka di Pos Petei dan Pos Bihai.

Penghadang itu didirikan sejak September lalu untuk mengelakkan pembalak daripada memasuki hutan simpan kekal Balah, Perias dan Gunong Stong Selatan.

Orang Asli berkata bahawa aktiviti pembalakan di kawasan itu telah mencemarkan sumber air mereka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS