Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kit Siang: Najib 'penipu besar' ala Nazi, bukan HARAPAN
Diterbitkan:  Dec 2, 2016 6:18 PM
Dikemaskini: 10:24 AM

Menyangkal serangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke atas pembangkang baru-baru ini, supremo DAP Lim Kit Siang berkata, parti Melayu itulah yang bergemulang dalam kepalsuan dan kekejaman.

Tiga hari yang lalu, Ahmad Zahid menyamakan propaganda pembangkang dengan taktik pemimpin Nazi Adolf Hitler yang dibantu Joseph Goebbels.

"Hitler pernah menulis bahawa: If you are going to tell a lie, tell a big one and if you tell it often enough, people will begin to believe it. (Jika kamu mahu berbohong, buatlah pembohongan yang betul-betul besar, dan jika kamu kerap mengulanginya, orang akan mempercayainya)," katanya.

Ahmad Zahid menyatakan Hilter dan Goebbels mencipta propaganda melalui radio dan filem kreatif.

"Plot pembangkang di negara ini juga seakan hampir sama," kata timbalan perdana menteri itu.

Lim berkata, teori 'Big Lie' oleh Hitler sebenarnya diamalkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan bukannya pembangkang.

"Najib ceritakan kepada tiga 'Big Lie' semasa ucapan dasar presiden Umno, semalam," jelas Lim.

Tambahnya, tiga 'Big Lie' itu ialah pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan menjadi pertandingan antara Umno dan DAP, DAP anti-Melayu dan anti-Islam serta Melayu bermimpi ngeri jika Umno hilang kuasa.

Ketiga-tiga 'Big Lie' itu menepati apa yang pernah ditulis oleh Hitler (seperti di atas) yang didakwa Ahmad Zahid diamalkan oleh Pakatan Harapan (HARAPAN), kata Lim.

Menepis tiga 'Big Lie' itu, ujar Lim, PRU14 bukan pertempuran antara Umno dan DAP, sebaliknya, Umno menentang kekuatan kolektif HARAPAN.

DAP tidak pernah anti-Melayu atau anti-Islam, tetapi inklusif kepada semua tanpa mengira agama atau bangsa, tegas Lim.

Jelasnya, DAP dan orang Cina tidak boleh menguasai kerajaan sebab orang Melayu membentuk lebih separuh daripada pengundi dan apa yang didakwa oleh Najib itu tidak akan berlaku walaupun Umno jatuh.

Menurut Lim, orang Melayu adalah majoriti dan kepentingan mereka akan sentiasa dilindungi.

"Najib perlu kembali kepada isu sebenar yang dihadapi rakyat Malaysia termasuk orang Melayu.

"Najib mengelak untuk memperkatakan empat isu besar termasuk kepada 3.5 juta ahli Umno mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), skandal 1MDB, penurunan mendadak nilai ringgit serta kos hidup yang melambung tinggi," ujar veteran DAP itu.

Cercaan terhadap DAP

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, strategi Umno untuk melabel DAP sebagai musuh utama orang Melayu menjadi sebab parti itu dikambing hitamkan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS