GLOBAL l Hampir 300 tan minyak tumpah ke selat sempit yang memisahkan Singapura dan Malaysia selepas perlanggaran antara dua kapal kontena, kata Lembaga Pelabuhan Marin Singapura (MPA), hari ini.
Tiada kecederaan dilaporkan dan 12 kapal anti-pencemaran telah dihantar untuk membersihkan tumpahan minyak bersaiz sederhana itu, kata MPA dalam satu kenyataan.
"Lalu lintas di selat di Johor Timur dan operasi pelabuhan Singapura tetap tidak terjejas", katanya, sambil menambah bahawa tumpahan minyak itu berjaya dibendung di bahagian barat Pulau Ubin di Singapura.
Tumpahan itu adalah akibat kerosakan kepada tangki kapal kontena APL Denver selepas bertembung dengan WAN HAI 301 berhampiran Pelabuhan Pasir Gudang di Johor, Malaysia lewat semalam.
APL Denver dimiliki oleh HLL Pacific Schiffahrts dari Jerman dan didaftarkan di Gibraltar, manakala WAN HAI 301 dimiliki oleh Wan Hai Lines Singapura dan dikendalikan oleh Taiwan Wan Hai Lines
Persekutuan Pencemaran Pemilik Kapal Tangki Antarabangsa, sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang berurusan dengan masalah tumpahan minyak dan kimia, mentakrifkan tumpahan minyak adalah besar jika ia membabitkan lebih daripada 700 tan.
- Reuters
