Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: Ringgit dijangka jatuh lagi
Diterbitkan:  Jan 5, 2017 11:47 AM
Dikemaskini: 4:14 AM

Ringgit yang menunjukkan prestasi tidak memberangsangkan di kalangan matawang lain di rantau Asia sepanjang tahun lalu dijangka akan menurun lagi, menurut kumpulan penganalisis antarabangsa.

BMI Research yang merupakan anak syarikat Fitch Ratings berkata, salah satu punca kejatuhan tersebut ialah matawang tempatan sangat terkesan dengan sebarang pergerakan yuan yang diramal kekal di bawah tekanan menurun.

"Terdapat juga kemungkinan perbezaan sebenar kadar faedah antara Amerika Syarikat dan Malaysia yang semakin meruncing dengan Malaysia mungkin mengekalkan dasarnya manakala Rizab Persekutuan menaikkan kadar sejumlah 50 mata asas.

"Kelemahan seterusnya dalam pasaran bon global juga akan meletakkan ringgit di bawah tekanan memandangkan kira-kira 40 peratus bon Malaysia dipegang oleh pelabur asing," kata firma berkenaan, memetik laporan Bloomberg.

Semalam, ringgit menjunam ke paras terendah baru iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.

Ringgit mencecah titik terendah pada nilai RM4.88 berbanding AS$1 pada bulan Januari 1998.

Perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad kemudiannya memutuskan ringgit ditambat pada kadar RM3.80 berbanding dolar.

Mengulas lanjut, kata BMI Research, ringgit bagaimanapun mungkin dapat memulihkan kerugian dalam jangka masa panjang ekoran kenaikan harga komoditi seperti minyak dan lonjakan perdagangan.

"Kedudukan fiskal Malaysia yang agak positif Malaysia berbanding Amerika Syarikat juga mampu menjurus kepada tekanan inflasi yang rendah," jelasnya.

Lihat Komen
ADS