Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bank Negara ikrar kerjasama penuh, tetapi...
Diterbitkan:  Feb 16, 2017 6:03 PM
Dikemaskini: 10:07 AM

Bank Negara hari ini berikrar akan memberi kerjasama penuh kepada pasukan petugas khas yang ditubuhkan oleh kabinet bagi kerugian pertukaran asing yang dinyatakan dalam satu kenyataan media “berlaku lebih daripada 25 tahun yang lalu.”

Penubuhan pasukan petugas itu diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri semalam selepas kabinet memberikan kelulusannya, tetapi pembangkang mendakwa keputusan itu bermotifkan politik memandangkan persengketaan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini, Bank Negara juga memberi amaran agar tidak diganggu dalam usaha memastikan bahawa ekonomi dan sistem kewangan kekal stabil dan berdaya saing untuk menyokong aktiviti ekonomi negara.

“Bank terus berusaha mengekalkan standard tertinggi penzahiran dan ketelusan dalam aktiviti yang dijalankan.

“Bank juga telah memperkukuh kedudukan kewangannya, tadbir urus dan kebertanggungjawaban dengan ketara, terutamanya dari segi pengurusan rizab.

“Dalam persekitaran semasa yang mencabar dan tidak menentu ini, kita perlu terus memberikan tumpuan dan tidak terganggu dalam usaha kita memastikan bahawa ekonomi dan sistem kewangan kekal stabil dan berdaya saing untuk menyokong aktiviti ekonomi negara,” katanya.

Isu kerugian kontroversi, yang berlaku hampir tiga dekad lalu ‘dihidupkan’ semula selepas Dr Mahathir berusaha untuk menyatukan pembangkang dalam cubaannya untuk menggulingkan Najib.

Mahathir adalah perdana menteri apabila aktiviti Bank Negara dalam pasaran tukaran mata wang asing tidak menjadi.

Beliau menuduh Najib terpalit dengan rasuah berikutan laporan deposit bernilai berbilion ringgit berada akaun bank peribadi perdana menteri.

Najib menafikan wang itu dari 1MDB dan mendakwa dana berkenaan adalah "derma" dari ahli keluarga diraja Arab Saudi.

Najib juga menafikan melakukan sebarang salah laku atau mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS