Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahathir, Sultan Johor aset negara, kata Syed Saddiq
Diterbitkan:  Feb 24, 2017 11:53 AM
Dikemaskini: 3:57 AM

Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menganggap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar masing-masing sebagai aset negara.

Katanya, bagaimana Mahathir mengubah Malaysia, Sultan Johor juga melakukan perkara sama untuk Johor.

"Kedua-dua tokoh ini adalah aset negara. Tak perlu untuk kita tuangkan minyak tanah dalam api," katanya dalam satu kenyataan media.

Ulasan itu dipercayai merujuk titah Sultan Ibrahim semalam supaya ahli politik luar tidak jangan mencampuri urusan dalaman sehingga boleh mengelirukan dan memecah-belahkan rakyat negeri ini.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq yang juga adalah bekas pendebat terbaik Asia berkata, mungkin ada pihak mahu dirinya mengkhianati sultan kerana bersama parti yang diterajui oleh Mahathir, tetapi katanya yang penting adalah memajukan negara dan imej malaysia yang kini tercalar.

Beliau turut mengakui dirinya bukan peminat tegar Dr Mahathir, khususnya berhubung tindakan bekas perdana menteri itu memperkasakan Akta Universiti dan Kolej Universiti, menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan melemahkan struktur demokrasi negara.

Namun, katanya, jasa bekas perdana menteri itu menukar negara yang tidak diketahui kepada harimau Asia yang dihormati tidak boleh diketepikan.

“Banyak projek-projek pembangunan yang beliau rintis di Malaysia.

“Peralihan Malaysia dari sebuah negara pertanian berat kepada ekonomi pembuatan. Dari negara yang tidak diketahui kepada harimau Asia yang dihormati.

“Daripada sebuah negara yang dibebani dengan kemiskinan dan buta huruf kepada suatu bangsa yang diberkati dengan peluang yang tidak terhad dan berpotensi," katanya .

Menurut Syed Saddiq, selain sikapnya yang berani, Mahathir mampu menghafal sejarah seperti seorang ahli sejarah.

Malah, boleh menyusun strategi lebih baik daripada seorang ahli strategi dan boleh melawan lebih baik daripada seorang pejuang.

"Walaupun beliau dah berusia, saya tahu beliau jauh dari 'nyanyuk'.

"Tun boleh ambik jalan senang dengan bersara, hidup dengan mewah tanpa ugutan atau kesusahan.

“Tetapi dia memilih jalan yang dipenuhi rintangan demi masa depan Malaysia. Berusia 92 tahun, tapi masih memperjuangkan martabat negara yang sudah tercalar," katanya.

Lihat Komen
ADS