Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ULASAN l Sebab-musabab Program Permata Negara (PERMATA) dijadikan sebahagian daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah dijelaskan berkali-kali sebelum ini setelah program berkenaan tidak boleh dipindahkan ke mana-mana kementerian lain yang berkaitan.

Sebagai menjawab gesaan pembangkang yang sering kali mendesak agar program berkenaan tidak diletakkan di JPM, PERMATA tidak boleh dipisahkan daripada JPM kerana kebanyakan program PERMATA dicipta untuk mengisi jurang yang disebabkan oleh percanggahan antara beberapa undang-undang termasuk Akta Pendidikan.

Sebagai contoh, program pendidikan awal kanak-kanak, PERMATA Negara tidak boleh diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan kerana kanak-kanak di bawah umur empat tahun tidak berada dalam bidang kuasa kementerian berkenaan.

Sukatan pelajaran terdahulu

Pada ketika itu, sukatan pelajaran pendidikan pra-sekolah kebangsaan kita hanya disediakan untuk mereka yang berusia empat hingga enam tahun.

Tetapi pembangunan mental dan emosi kanak-kanak bermula sejak mereka dilahirkan dan ini adalah di mana PERMATA Negara diwujudkan dan ia hanya melengkapkan sukatan pelajaran yang sedia ada.

Walaupun berada di bawah JPM, PERMATA tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan agensi-agensi dan jabatan-jabatan daripada pelbagai kementerian.

PERMATA bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) untuk meningkatkan kualiti program awal kanak-kanak tadika terutamanya yang berada di luar bandar.

Andai jika tiada PERMATA

Jika PERMATA tidak diwujudkan, kanak-kanak di bawah umur empat tahun terutamanya di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai akses terhadap pendidikan berkualiti awal kanak-kanak akan diabaikan.

Jika tidak ada PERMATA, hanya kanak-kanak istimewa di kawasan urban yang akan mempunyai akses kepada pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti kerana tadika swasta menggunakan kurikulum antarabangsa.

Anggota Parlimen DAP, Yeo Bee Yin sebelum ini yang telah menghadiri taklimat tertutup dengan PERMATA pada Oktober yang lalu mendakwa bahawa kakitangan PERMATA tidak berpengalaman untuk mengajar pendidikan awal kanak-kanak.

Menjawab persoalan Yeo itu, ini faktanya - kesemua guru-guru di 88 buah pusat PERMATA di seluruh negara adalah daripada Kementerian Pelajaran.

Guru-guru tersebut juga dikenali sebagai DG41 iaitu pegawai pendidikan yang telah dilatih secara profesional khusus dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.


Datuk Rizal Mansor adalah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri. Artikel ini ialah pendirian penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang redaksi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS