mk-logo
Berita
Skandal air Sabah: Shafie salahkan Kementerian Kewangan

PARLIMEN l Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal menolak tanggungjawab proses pemberian tender berhubung dengan skandal air Sabah kepada Kementerian Kewangan (MOF).

Katanya di Dewan Rakyat hari, selepas skandal itu didedahkan akhir tahun lalu, terdapat ura-ura yang cuba mengaitkannya dengan kes itu.

Walau bagaimanapun, Shafie berkata, hanya Kementerian Kewangan boleh membuat keputusan dalam proses pemberian tiga tender - terbuka, selektif dan langsung.

“Proses tender yang dilakukan oleh setiap kementerian diwakili oleh jabatan air, jabatan kerja raya, oleh jabatan kementerian kewangan.

No single ministry can directly award, no minister can directly award without the approval from MOF," kata Shafie.

Dalam kes yang membabitkan rampasan wang tunai terbesar oleh SPRM setakat ini, bekas pengarah Jabatan Air Sabah dan dua yang lain didakwa dalam kes pengubahan wang haram membabitkan ratusan juta ringgit.

Pada 29 Disember tahun lalu, bekas pengarah itu, Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 54, mengaku tidak bersalah terhadap lapan tuduhan memiliki RM56.9 juta dalam bentuk wang tunai dan dalam empat akaun bank, dua tuduhan memiliki secara salah enam kenderaan mewah dan satu tuduhan memiliki secara salah 86 jam tangan berjenama mewah.

Dia juga mengaku tidak bersalah bersama-sama isterinya, Fauziah Piut, 51, terhadap dua tuduhan memiliki secara salah barang kemas, manakala Fauziah dikenakan 19 tuduhan memiliki secara salah barang kemas dan beg mewah serta wang RM2.2 juta dalam pelbagai akaun bank.

Seorang lagi tertuduh, penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah Lim Lam Beng, 62, yang digantung tugasnya, menghadapi satu tuduhan memiliki secara salah sebuah kenderaan dan tiga tuduhan memiliki secara salah wang tunai RM2.38 juta.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman sehingga lima tahun penjara atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya jika sabit pertuduhan.

Sementara itu semasa membuat penjelasan, seorang pegawai Shafie bagaimanapun berkata, kenyataan bekas naib presiden Umno itu merujuk kepada Kementerian Kewangan Sabah, dan bukan Kementerian Kewangan Persekutuan.

[Baca berita penuh]

 

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini