Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Tidak lagi mahu ke Malaysia, kata mangsa pemerdagangan manusia
Diterbitkan:  Mar 29, 2017 10:10 AM
Dikemaskini: Aug 23, 2023 5:05 AM
  • Nota editor: Pada 1 Julai 2019, Albert Tei dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen Semenyih.


Ini adalah pendirian sebahagian besar pekerja Indonesia apabila diajukan soalan sama ada mereka akan kembali semula ke negara ini, selepas diselamatkan oleh pihak berkuasa, semalam susulan serbuan ke atas kilang sarang burung walit di Klang tempat mereka bekerja.

Kilang berkenaan didakwa mengeksploitasi pekerjanya.

"Tidak lagi mahu ke sini, InsyaAllah! Selepas ini, saya akan cari kerja berdekatan dengan rumah," kata Tyas Weningsih Putri dari Kendal, sebuah daerah di Jawa Tengah.

"Saya amat bersyukur. Tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan kegembiraan saya," kata Tyas ketika menyertai barisan pekerja yang berkumpul di luar kilang Maxim Birdnest selepas serbuan pelbagai agensi yang membawa kepada penangkapan pemilik kilang itu, Datuk Albert Tei (berbaju batik) dan tiga kakitangan lain.

Antara lain, serbuan semalam membabitkan anggota dan pegawai daripada Majlis Anti Pemerdagangan Orang, Kementerian Dalam Negeri, unit D7 dari Bukit Aman, polis Selangor, Jabatan Imigresen dan Jabatan Sumber Manusia.

Seorang pegawai Jabatan Sumber Manusia memberitahu Malaysiakini, operasi itu adalah yang terbesar seumpamanya dijalankan tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafar Ali, yang turut hadir semasa serbuan yang berlangsung hampir 10 jam itu, menggambarkan keadaan yang dihadapi oleh pekerja sebagai "neraka dunia".

Ketika pertama kali ditemui Malaysiakini semasa makan tengah hari awal bulan ini, Tyas begitu takut mendedahkan identiti sebenarnya.

Ketika itu, dia mendedahkan mereka diberi layanan buruk di kilang memproses sarang burung walit itu dan terpaksa bekerja untuk tempoh masa yang panjang dengan gaji mereka sentiasa dipotong.

"Balik nanti, saya akan nasihati teman-teman supaya lebih selektif menerima tawaran kerja di Malaysia," kata Tyas (tengah) yang direkrut oleh sebuah agensi tenaga kerja di Indonesia yang mempunyai kenalan dengan bekas sekolah menengah vokasional, tempat dia belajar dahulu.

Malaysiakini dan majalah Tempo dari Jakarta juga bertemu dengan Siti Lestari Sayeti dan Idjiduma Nufika, kedua-duanya juga dari Kendal, yang sebelum ini meminta identiti mereka dirahsiakan.

"Gembira dan bersyukur. Ini sama sekali tidak dijangka.

"Sekarang kami bebas dan saya mahu kembali bersama keluarga," kata Siti Lestari.

Dia berkata, pekerja terkejut apabila secara tiba-tiba diberitahu untuk berhenti kerja kira-kira jam 11 pagi semalam, dan untuk mengikuti arahan daripada pihak berkuasa yang menyerbu kilang itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS