Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kos bina jalan baru ke rumah YDP Dewan Rakyat RM1.4j
Diterbitkan:  Mar 29, 2017 10:27 AM
Dikemaskini: 10:33 AM

PARLIMEN | Kerajaan membelanjakan RM1.4 juta untuk membina laluan alternatif ke kediaman rasmi speaker Dewan Rakyat di Jalan Tunku, Kuala Lumpur.

Dalam jawapan bertulisnya, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, berkata kos berkenaan membabitkan pembinaan laluan masuk sepanjang 100 meter, perparitan dan pengalihan utiliti, membina pondok pengawal, pemasangan pagar elektronik, sistem keselamatan dan lampu jalan, serta kerja-kerja lain yang berkaitan.

Katanya, projek itu dimulakan pada 21 Mac 2016 dan mengikut perancangan, ia disiapkan dalam tempoh 12 bulan.

"Kos keseluruhan membina laluan jalan alternatif ke kediaman rasmi Yang di-Pertua Dewan Rakyat di No 3, Jalan Tunku Kuala Lumpur ialah sebanyak RM1.4 juta," katanya.

Fadillah memberitahu demikian sebagai menjawab soalan Ong Kian Ming (DAP-Serdang) yang meminta menteri menyatakan jumlah kos untuk membina tembok baru dan menaik taraf jalan masuk ke rumah rasmi speaker Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Fadillah berkata, setakat ini projek itu baru 72 peratus siap berbanding 92 peratus mengikut jadual asal.

Menjelaskan puncanya, menteri terbabit berkata, faktor utama menyebabkan kelewatan itu ialah kerja-kerja penurapan konkrit yang terpaksa dijadual semula.

"Bagaimanapun pelaksanaan projek ini dijangka masih akan dapat disiapkan mengikut kontrak yang ditetapkan," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS