Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan bahawa polis melakukan kesilapan dalam mengenal pasti identiti Kim Jong-Nam sebagai warganegara Korea Selatan negara dan memaklumkan kedutaan negara itu di Kuala Lumpur tidak lama lagi selepas pembunuhannya.
"Mengarut," kata Khalid yang dipetik oleh akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau hari ini.
Malah, beliau berkata, polis, pertama sekali menghubungi kedutaan Korea Utara, yang menghantar pegawainya dan mendedahkan bahawa si mati adalah Jong-nam.
"Mereka, bagaimanapun kemudian menafikan si mati adalah Kim Jong-nam, dan merujuknya sebagai Kim Chol, seperti yang dinyatakan dalam pasportnya," katanya.
Polis kemudian merujuk abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un yang mati dibunuh itu sebagai Kim Chol, sehingga identiti sebenarnya disahkan pada hari ketiga selepas kematiannya pada 13 Februari.
Jong-nam dibunuh dengan agen saraf VX yang dilumurkan pada mukanya di KLIA2, semasa menunggu penerbangannya ke Macau.
Reuters yang memetik sumber, semalam melaporkan pihak berkuasa Malaysia, selepas memeriksa pasport Jong-nam, keliru akan Republik Demokratik Rakyat Korea, nama rasmi Korea Utara, dengan Republik Korea, nama rasmi jiran di selatan negara itu.
Menurut sumber tersebut, pihak berkuasa Malaysia kemudiannya menghubungi kedutaan Korea Selatan dan menghantar bersama salinan dokumen yang ditemui pada jasad Jong-nam.
Kekeliruan mengenai kewarganegaraan Jong-nam juga menjelaskan mengapa media di Korea Selatan yang pertama mendedahkan berita berkenaan.
