Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Johari jelaskan maksud 'sewa, jangan beli rumah'
Diterbitkan:  Apr 3, 2017 11:12 AM
Dikemaskini: 3:24 AM

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata kenyataan beliau mengenai amalan menyewa rumah untuk jangka panjang.

Dalam kenyataannya semalam, Johari berkata, kenyataan itu dibuat semasa sesi dialog awam mengenai inisiatif Transformasi Nasional 2015 (TN50) yang dikendalikannya bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Kementerian Kewangan pada 30 Mac lalu.

Katanya, beliau telah digambarkan secara salah sebagai menggesa rakyat Malaysia tidak membeli rumah sebaliknya menggalakkan mereka terus menyewa.

"Untuk penjelasa, saya hanya meluahkan cadangan supaya rakyat Malaysia menyewa rumah sehingga kedudukan atau kerjaya mereka memungkinkan mereka bersedia untuk menerima tanggungjawab kewangan yang besar.

"Memang menjadi budaya di kalangan rakyat Malaysia, apabila memasuki bidang pekerjaan, mereka melibatkan diri untuk dua beban kewangan besar iaitu membeli kereta dan membeli rumah.

"Bahawa komitmen kewangan bagi sebuah kereta boleh bertahan sehingga sembilan tahun, komitmen bagi rumah pula boleh berlanjutan sehingga 30 tahun.

"Oleh itu, rakyat Malaysia mengikat diri mereka kepada beban kewangan pada peringkat begitu awal ketika sepatutnya mereka menumpukan perhatian membangunkan kerjaya sendiri.

"Dengan membebaskan diri mereka daripada komitmen kewangan membebankan itu, sebaliknya mereka boleh meningkatkan mobiliti pekerjaan dengan meneroka peluang di tempat kerja yang lain, mendapatkan atau menukar kerjaya atau membangunkan keusahawanan dengan memulakan perniagaan atau perusahaan sendiri," katanya.

Di negara Eropah yang memiliki ekonomi lebih maju, kata Johari, peratusan pemilika rumah jauh lebih rendah berbanding di Malaysia.

Keadaan itu, katanya, berlaku kerana budaya pemikiran yang berbeza antara rakyat kedua-dua negara.

Menurut Johari, tidak ada stigma untuk menyewa rumah sepanjang hayat berbanding menanggung bebanan pembayaran semua kewangan bagi pemilikan rumah.

Di Jerman, misalnya, peratusan penduduk yang memiliki rumah adalah pada 41 peratus manakala di Switzerland lebih rendah, iaitu 38 peratus.

"Jika kita melihat Greece yang penduduk sedang menghadapi kesukaran ekonomi, peratusan pemilikan rumah sangat tinggi iaitu 3 peratus. Komitmen kewangan yang membebankan dianggap sebagai sebahagian daripada masalah ekonomi negara itu.

"Jika kita mahu meneruskan spirasi TN50, kita perlu - sebagai sebahagian daripada proses itu - mengubah pandangan hidup kita," katanya.

[Baca kenyataan penuh]

Lihat Komen
ADS