Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shabudin hanya suarakan pandangan, kata Wanita Umno PP

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya hanya menyuarakan pandangan beliau ketika mengatakan mangsa rogol menikahi perogolnya, menurut Ketua Wanita Umno Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid, hari ini.

Ditanya komen beliau mengenai kenyataan Shabudin di Parlimen semalam yang mencetuskan kemarahan banyak pihak, Jahara berkata, Shabudin berhak untuk menyatakan pendapatnya.

Beliau berkata, pandanan Shabudin itu adalah berdasarkan pengalamannya selaku bekas hakim mahkamah syariah, sambil menambah 'beliau telah melihat dan melaluinya'.

"Tolong fahami agama kami, dan jangan salah tafsir," kata Jahara yang juga ketua pembangkang negeri itu kepada Malaysiakini.

Jahara berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengibaratkan Shabudin sebagai 'raksasa' manakala exco kerajaan negeri dan Ketua Wanita DAP, Chong Eng pula menggesa BN untuk memecat beliau.

Pada masa yang sama, Jahara turut mengakui, sesetengah masyarakat tidak akan menerima pandangan itu, tetapi dalam kes-kes tertentu, ibu bapa mangsa telah memberi persetujuan untuk perkahwinan antara keduanya.

Tambah beliau, dalam kes-kes itu, umat Islam perlu merujuk kepada undang-undang Syariah.

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan kanak-kanak perempuan yang berusia di bawah 18 tahun harus berkahwin dengan perogol, Jahara menjawab, "Kebanyakan tidak mahu anak-anak perempuan mereka berkahwin pada usia itu."

"Tetapi kadang-kala, mereka ada teman lelaki dan melakukan hubungan seks. Ada yang banyak pelbagai pasangan, bagaimana kita menyelesaikan masalah ini," tanya beliau.

"Sudah tentu, kanak-kanak tidak bersedia untuk berkahwin. Tanpa pendidikan yang betul dan pekerjaan, dia tidak akan dapat membesarkan anak-anak dengan betul.

"Secara logiknya, kanak-kanak harus berusia 18 tahun ke atas untuk berkahwin. Sudah tentu, tidak ada yang mahu berkahwin dengan perogol," kata beliau lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS