Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Serangan ke atas Syria lonjakkan harga minyak dunia
Diterbitkan:  Apr 7, 2017 11:51 AM
Dikemaskini: 7:00 AM

Harga minyak mentah meningkat susulan tindakan Amerika Syarikat yang melancarkan peluru berpandu ke sebuah pangkalan udara di Syria.

Menurut Reuters, selepas dagangan lemah sebelum berita itu, niaga hadapan minyak mentah Brent melonjak kepada AS$55.60 setong menjelang 0146 GMT.

Ia meningkat 72 cents, atau 1.3 peratus daripada penutup terakhirnya.

Niaga hadapan minyak mentah Amerika, West Texas Intermediate (WTI) meningkat 70 cents, atau 1.4 peratus kepada AS$52.40 setong.

Tentera Amerika Syarikat awal pagi ini melancarkan serangan peluru berpandu ke atas sebuah pangkalan udara Syria dengan menjadikan jet pejuang negara itu, landasan kapal terbang dan stesen bahan api sebagai sasaran.

Peluru berpandu itu meledak tepat ke sasaran pada jam 3.45 pagi waktu tempatan di Syria hari ini.

Ia adalah tindak balas Presiden AS, Donald Trump terhadap serangan kejam gas beracun di Syria di mana Washington menyalahkan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Sementara itu, AP melaporkan, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meminta "semua negara yang bertamadun" supaya menyertai mereka untuk mengakhiri pembunuhan beramai-ramai di Syria.

Trump membuat kenyataan ringkas itu selepas Amerika melancarkan serangan peluru berpandu ke Syria.

Menurutnya, keamanan dan keharmonian akan dikembalikan selagi Amerika Syarikat terus mempertahankan keadilan.

Lihat Komen
ADS