News Malaysiakini

Osu Sukam letak jawatan ketua Umno bahagian

Published:  |  Modified:

Terjemahan Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Osu Sukam yang berhutang lebih AS$1.8 juta kepada sebuah kasino di Britain dilaporkan telah meletakkan jawatan sebagai ketua Umno bahagian papar di Sabah.

Beliau berhutang kepada Kasino Ritz Hotel di London yang membenarkannya berjudi secara kredit di kasino tersebut.

Pengerusi Umno Sabah, Datuk Musa Aman memberitahu akhbar New Straits Times bahawa Osu telah meletakkan jawatan sebagai ketua Umno papar.

Akhbar tersebut melaporkan, Osu (foto) turut berhutang kepada sebuah kasino di Melbourne, Australia.

Bagaimanapun, katanya, perkara tersebut telah diselesai di Mahkamah Tinggi Sabah Selasa lalu, tetapi tidak diketahui sama ada Osu membayar sepenuhnya hutangnya.

Pengarah media Crown Casino, O'Neil memberitahu akhbar tersebut bahawa pihaknya mengangap kes tersebut sudah selesai.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegur Osu kerana terbabit dalam perjudian sehingga menanggung hutang yang besar.

"Seorang pemimpin mestilah ikhlas dan amanah dan mengelak daripada terbabit dalam aktiviti yang diharamkan oleh Islam dan yang boleh mencemarkan nama parti," katanya.

BPR digesa siasat

Ritz Hotel Casino telah mendapat penghakiman daripada sebuah mahkamah di Britain untuk mendapatkan semula hutang tersebut.

Ia kemudiannya membuat permohonan di sebuah Mahkamah Tinggi di Malaysia untuk menguatkuasa perintah itu ke atas Osu.

Bagaimanapun, usaha kasino tersebut menemui kegagalan apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Ian Chin telah menolak permohonan tersebut.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang berkata Badan Pencegah Rasuah (BPR) mesti menyiasat bagaimana Osu terbabit dalan perjudian yang melibatkan berjuta-juta ringgit selepas dia bersara daripada aktif dalam politik pada bulan Mac 2001.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, BPR sepatutnya memulakan penyiasatan rapi sama ada Osu telah mengamalkan kekayaannya secara rasuah dan secara haram untuk membolehkan berjudi.

- AFP

Comment disabled for this story.
OR

Welcome back,

Your subscription expires on
  

Your subscription will expire soon, kindly renew before
  

Your subscription is expired
  Click here to renew

You are not subscribed to any subscription package
  Click here to subscribe now

Any questions?
  Email: [email protected]
  Call: +603-777-00000

Renew