Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Karikatur ‘monyet’ - Nanyang dapat surat tunjuk sebab
Diterbitkan:  Apr 11, 2017 7:07 PM
Dikemaskini: 1:52 PM

Kementerian Dalam Negeri hari ini memberi surat tunjuk sebab kepada akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau berhubung karikatur yang memaparkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet.

Nanyang mempunyai tiga hari untuk menjawap surat itu, yang dikeluarkan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Tindakan selanjutnya akan diambil berdasarkan peraturan dan prosedur yang ditetapkan (mengikut akta itu)," kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, tindakan akhbar itu mungkin memudaratkan ketenteraman awam kerana menggalakan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian dan pra sangka terhadap orang atau agama lain.

"Ia juga secara tidak langsung seolah-olah telah mempersendakan parlimen dan agama Islamkerana rang undang-undang (RUU) 355 yang digambarkan dalam karikatur itu adalah berkaitan hal agama Islam," katanya.

Bertajuk "Akta Monyet" kartun yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau itu memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai "speaker" manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai "Hadi Awang" bertenggek di pokok "Akta 355".

"Hadi Awang" dipaparkan dengan memegang sebatang tongkat sakti sambil mahu menikmati juadah "keledek panas", manakala "speaker" melompat dari pokok itu, sambil berkata: "Simpan untuk hari kemudian."

Karikatur itu juga menunjukkan sekumpulan monyet yang bertekak di bawah pokok berkenaan.

Nanyang semalam memohon maaf kerana menyiarkan karikatur itu tetapi ia tidak menghalang ahli dan penyokongnya yang berang daripada menganjurkan satu bantahan di pejabat akhbar itu di Petaling Jaya hari ini.

Dalam ucapannya, Penolong Setiausaha Pemuda PAS, Nurul Islam Mohd Yusof, menuduh akhbar itu mencetuskan ketegangan agama dan mahu kerajaan membatalkan permit penerbitannya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS