Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

ULASAN l Saya menerima notis penamatan berhubung pembelian sebuah lot kedai daripada pemaju UEM Sunrise dari sebuah firma undang-undang semalam.

Lazimnya, dulu saya antara mereka yang mengeluarkan notis berkenaan bagi pihak pelanggan; sekarang ini saya pula yang menerimanya.

Saya pasti pemaju tidak mahu kehilangan apa sahaja wang yang telah saya bayar, dan saya berharap mereka akan memberikan saya masa untuk membayar, jadi tidak perlu bagi saya kehilangan segala-galanya.

Walau bagaimanapun, penderitaan peribadi yang saya lalui itu tidak dapat dibandingkan dengan apa yang dialami oleh gadis dan perempuan muda Melayu di negara ini hari ini apabila mereka menghamilkan anak luar nikah.

Bulan lalu, saya terjumpa dengan seorang wanita muda berusia 20 tahun di Kompleks Mahkamah Jalan Duta yang berdepan dengan dakwaan melemaskan anaknya. Dia bernasib baik, bayi itu belum dilahirkan dan dia tidak dikenakan dakawaan membunuh.

Beberapa hari lalu, seorang lagi wanita Melayu berusia 20 tahun dituduh membunuh bayinya yang baru dilahirkan di bilik mandi.

Dosa dan pahala

Terdapat begitu banyak laporan gadis Melayu yang bertindak sedemikian, termasuk membuang bayi mereka atau menjalani pengguguran kerana tidak pernah merancang untuk hamil. Ini begitu sedih sekali.

Hidup gadis muda ini musnah kerana pemimpin yang hiprokit tidak menawarkan mereka sebarang penyelesaian.

Contoh kes itu adalah hanya sebahagian kecil daripada hakikat sebenar - gadis Melayu ini terlalu malu untuk mengakui bahawa mereka telah melakukan dosa dan tidak mahu mengaibkan keluarga mereka.

Ini puncanya gejala sosial itu berleluasa dalam masyarakat Melayu: seks adalah tabu. Justeru, pendakwah Islam, pendidik dan pemimpin politik menentang pendidikan seks.

Kepura-puraan pemimpin tidak mahu membincangkanya secara terbuka - tentang seks, persetubuhan secara selamat, penggunaan alat pencegahan kehamilan dan realiti masyarakat moden di mana individu terlibat dalam hubungan seks sebelum perkahwinan - adalah sebab mengapa ramai gadis Melayu tergamak membunuh bayi mereka sedangkan bangsa lain tidak.

Kerajaan kemudiannya mengheret ibu-ibu muda ini ke mahkamah dengan pertuduhan membunuh dan kehidupan seluruh keluarga bertukar. Kesilapan tunggal ini bukan sahaja memusnahkan kehidupan bayi, tetapi juga ibu dan seluruh ahli keluarganya.

Ini sepatutnya tidak berlaku, tetapi pemimpin-pemimpin Melayu tidak peduli.

Mereka hanya terus bercakap mengenai dosa dan hukuman, dan tidak mencadangkan sebarang tindakan praktikal untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan tragedi itu.

Penyelesaian yang ditawarkan oleh "orang alim" untuk mengatasi kehamilan yang tidak diingini itu adalah hukuman berat (terutamanya di bawah Akta 355), kaunter berasingan di pasar raya, mengharamkan konsert dan pawagam, serta menyalahkan Beyoncé dan Lady Gaga untuk gejala sosial di dunia.

Sebab itu saya sering berkata bahawa orang Melayu mesti mula mengundi dan memilih pemimpin yang boleh menyelesaikan masalah mereka.

Dunia dan akhirat

Dengan ini, saya maksudkan masalah di dunia ini. Mereka perlu tahu bagaimana untuk mempunyai hubungan seks yang selamat dan perlu mendapatkan pengetahuan yang cukup tentang seks apabila mereka berada di sekolah supaya boleh membuat keputusan apa yang perlu dilakukan apabila tiba masanya.

Setakat ini, mereka terpesona dengan pemimpin yang memberitahu mereka tentang dosa dan hukuman bagi khalwat, zina dan seks sebelum kahwin.

Tetapi kehidupan - dan biologi - adalah bahawa ia tidak kira apa yang diperkatakan oleh pemimpin hiprokit atau apa yang dinyatakan oleh undang-undang. Akan sentiasa wujud hubungan haram dalam masyarakat kita.

Tugas pemimpin yang bertanggungjawab adalah untuk mengurangkan kejadian seperti ini dan mengurangkan penderitaan.

Pemimpin yang didengar oleh orang Melayu kini tidak relevan dengan masalah mereka. Mereka adalah tidak relevan kepada negara.

Ramai daripada mereka adalah hipokrit. Mereka tidak benar-benar mengambil berat tentang nasib orang Melayu, dalam kehidupan ini mahupun di akhirat.

Mereka hanya mengambil berat tentang diri mereka. Sudah tiba masanya orang Melayu mengundi Pakatan Harapan!


DATUK ZAID IBRAHIM adalah seorang peguam dan bekas anggota parlimen, senator dan menteri. Beliau pernah bersama Umno, PKR dan kini dengan DAP.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS