Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Peguam dakwa sistem demerit Kejara bertentangan perlembagaan
Diterbitkan:  Apr 18, 2017 1:04 PM
Dikemaskini: 5:08 AM

Faiz Fadzli, seorang peguam Parti Amanah Negara (AMANAH), mendakwa sistem pemberian mata demerit keselamatan jalan raya (Kejara) bagi kesalahan trafik adalah bertentangan dengan perlembagaan negara.

Kejara, bersama-sama dengan sistem penguatkuasaan automatik (AES), iaitu rangkaian kamera bagi merakamkan kenderaan yang melebihi had laju, membentuk sistem keselamatan kesedaran automatik (AWAS).

“Perlaksanaan AWAS ini adalah bertentangan dengan prinsip keadilan undang-undang 'double jeopardy' seperti mana yang termaktub dalam Perkara 7(2) Perlembagaan.

“(Ini) di mana pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan trafik akan menghadapi dua hukuman serentak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Faiz, yang juga adalah Timbalan Ketua Pemuda MANAH, di bawah AWAS, pengguna jalanraya yang melakukan kesalahan trafik yang dirakamkan AES akan dikeluarkan saman.

Mereka yang membayar kompaun bermula dari RM150 dan bayaran maksimum RM300 pula akan dipotong mata sehingga menyebabkan lesen memandu mereka digantung jika mengumpul 20 mata demerit, katanya.

“Walaupun kemalangan jalanraya adalah suatu isu kritikal dalam negara, namun tindakan menghukum dua kali adalah tindakan yang tidak adil kepada pengguna jalanraya dan bukan bersifat penyelesaian jangka pendek,” katanya.

Faiz, yang juga adalah timbalan pengerusi Sekretariat Protes AES, turut membidas pelaksanaan AES.

AES pada mulanya diserahkan kepada firma sektor swasta yang akan menerima sebahagian daripada jumlah semua saman.

“Namun, persoalan lain yang menjadi tanda tanya adalah sama ada AES ini adalah bagi membayar balik kerugian Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang telah mengeluarkan perbelanjaan yang amat tinggi dalam pengambilalihan AES,” katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS