Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Exco Johor, Datuk Abd Latif Bandi gagal membayar ikat jamin sebanyak RM2 juta yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini selepas beliau minta dibicarakan berhubung 33 tuduhan rasuah hartanah membabitkan lebih RM30 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen, Mohd Fauzi Mohd Nasir mengarahkan ADUN Endau itu membayar ikat jamin sebanyak RM2 juta dengan seorang penjamin serta menyerahkan pasportnya.

Peguam Abd Latif, Abdul Rahim memberitahu Malaysiakini bahawa anak guamnya tidak dapat menjelaskan amaun berkenaan kerana kesemua asetnya telah dibekukan.

"Dato (Abd Latif) gagal bayar jaminan. Hanya Haji Amir dibebaskan," kata Abdul Rahim merujuk kepada Amir Sharifuddin, yang juga didakwa atas pertuduhan yang sama.

Syarat ikat jamin itu adalah sama dengan Amir Sharifuddin.

Peguam Abd Latif, Abdul Rahim Ali mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini.

"Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 (1) (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang dibaca bersama Seksyen 28 akta itu," katanya.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta SPRM dan berdepan sehingga 20 tahun penjara dan denda lima kali jumlah yang disogok atau denda RM10,000, yang mana lebih tinggi bagi setiap pertuduhan.

Sebelum ini, Abd Latif ditahan reman selama tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah.

SPRM dilapor telah merampas 26 kenderaan mewah, 150 beg tangan dan membekukan 45 akaun bank yang berkaitan dengan kes itu.

Kes ini juga telah menyaksikan enam tangkapan lain, termasuk anak Abd Latif dan pegawai khas beliau.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin mengumumkan Abd Latif direhatkan sejak 1 Mac lalu.

Lihat Komen
ADS