Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Hisham harus desak siasat skandal Scorpene’
Diterbitkan:  Apr 19, 2017 2:35 PM
Dikemaskini: 6:38 AM

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mendesak Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku menteri pertahanan supaya menyiasat dakwaan rasuah di Kementerian Pertahanan, termasuk skandal pembelian kapal selam Scorpene dan bayaran pencen untuk veteran tentera.

Katanya, ini sejajar dengan perisytiharan Hishammuddin bahawa beliau bersedia menghadapi sebarang siasatan rasuah terhadapnya.

“Ini merupakan kenyataan yang berani oleh menteri dan patut dipuji kerana keterbukaan dan ketelusan sebegitu amatlah asing di dalam pentadbiran kerajaan sedia ada.

“Sebagai menteri pertahanan, amatlah penting untuk beliau memanjangkan keterbukaan tersebut untuk mengulas serta menjelaskan beberapa isu legasi di dalam portfolio beliau termasuklah berkenaan skandal berbillion ringgit kapal selam Scorpene yang berlaku ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggalas jawatan menteri pertahanan,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan.

Tahun lalu, pihak pendakwa raya Perancis memulakan siasatan rasmi berhubung sama ada Najib menerima rasuah AS$1.2 bilion bagi perjanjian pembelian senjata semasa beliau menjadi menteri pertahanan.

Siasatan adalah untuk menentukan sama ada bekas presiden kumpulan pertahanan Perancis, Thales International Asia, pada tahun 2002 memberi sogokan kepada Najib melalui sekutunya, Abdul Razak Baginda, bagi kontrak membekalkan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia.

Razak Baginda, Najib dan Bernard Baiocco, bekas presiden Thales International Asia itu, bagaimanapun, menafikan dakwaan tersebut.

Nik Nazmi berkata skandal Scorpene telah mencemarkan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa, dengan cara sama skandal 1MDB memalukan negara berikutan siasatan antarabangsa berhubung skandal itu.

“1MDB sendiri telah mendatangkan kesan negatif kepada pihak veteran tentera yang terpaksa menanggung kelewatan bayaran pencen beberapa bulan akibat urusan LTAT dengan 1MDB.

“Malah ini juga berlaku ketika rakyat tertekan akibat keadaan ekonomi yang teruk,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS