Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Majlis Syura Ulama PAS akan bertemu dalam masa dua minggu daripada tarikh usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR yang diluluskan di Muktamar PAS ke-63, Ahad lalu.

"Belum ada tarikh lagi, tapi ia akan diadakan dalam masa seminggu dua ini sebab kita pun baru habis muktamar," kata Setiausaha Majlis Syura Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi Malaysiakini.

PAS kelmarin sebulat suara meluluskan usul untuk menggesa agar Majlis Syura Ulama PAS memutuskan hubungan dengan PKR.

Parti Islam itu kini masih menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR, dengan beberapa wakilnya dilantik sebagai exco.

Langkah itu jika diluluskan Majlis Syura Ulama bakal memberi kesan terhadap kedudukan exco PAS di bawah pentadbiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Salah seorang exco PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata pihaknya akan mematuhi sebarang keputusan yang dibuat oleh kepimpinan ulama PAS.

Selain itu - sekiranya PAS memutuskan hubungan dengan PKR - keadaan itu bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN dan parti-parti pembangkang.

PAS bagaimanapun bertegas untuk membentuk blok ketiga serta yakin parti itu merupakan pilihan lebih baik berbanding BN dan Pakatan Harapan.

 

Lihat Komen
ADS