Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Hizbut Tahrir gagal semak semula fatwa 'menyeleweng'
Diterbitkan:  May 5, 2017 12:40 PM
Dikemaskini: 6:37 AM

Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam membatalkan permohonan Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) untuk menyemak kembali fatwa yang mengisytiharkan kumpulan itu haram dan menyeleweng daripada Islam.

Fatwa bertajuk “Fatwa Kedudukan Hizbut Tahrir” itu menyebut kumpulan agama itu menyeleweng menurut pandangan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Peguam Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, HTM melalui pengerusi penajanya Abdul Hakim @ Ramizu Othman juga memohon mufti Selangor dan jawatankuasa fatwa negeri memohon maaf secara terbuka dan menyiarkannya di akhbar-akhbar utama dan lain-lain penerbitan.

Abdul Hakim menamakan mufti Selangor, jawatankuasa fatwa negeri Selangor, Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai responden-responden.

Hakim Mohd Adib Hussain turut memerintahkan Abdul Hakim membayar kos sebanyak RM2,000 kepada setiap responden serta memerintahkannya mendapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu jika mahu memfailkan semula tindakan sama.

Abdul Hakim tidak diwakili peguam syarie. Mais turut diwakili oleh Raihan Mustafa Kamal manakala Wan Aizaa Wan Abdullah mewakili mufti Selangor, jawatankuasa fatwa negeri dan JAIS.

Permohonan HTM pada 25 November 2016 itu adalah yang pertama difailkan di Mahkamah Syariah berkaitan dengan semakan kehakiman, kata Zainul Rijal.

Setakat ini, katanya lagi, hanya Mahkamah Syariah Selangor sahaja yang mempunyai peruntukan bidang kuasa berkaitan semakan kehakiman bagi menyemak keputusan pihak berkuasa agama melali pindaan seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS